Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama MIDF
- June 17, 2020
- ADFIM

Pada 17 Jun 2020, seramai 65 anak-anak yatim di Asrama Damai, Kuang tersenyum gembira meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama MIDF. Selain daripada duit raya mereka juga menikmati juadah makanan KFC di dalam sebuah majlis penyerahan cek yang sederhana yang di dianjurkan bersama oleh MIDF.
Majlis ini merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab korporat sosial tahunan MIDF yang bertujuan untuk membantu masyarakat yang memerlukan dan meraka yang kurang bernasib baik. Acara kali ini sangat berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya, di mana MIDF kebiasaannya mengadakan Majlis Berbuka Puasa untuk meraikan anak-anak yatim di Dewan MIDF bersama-sama warga kerja lain.
Untuk mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19, para hadirin diwajibkan untuk mematuhi garis panduan yang telah diwartakan oleh kerajaan dan melakukan penjarakan sosial.
Encik Meor Ibrahim bin Othman, Ketua Pegawai Pematuhan Kumpulan MIDF merangkap Penasihat Surau MIDF telah menyerahkan cek kepada Encik Mohd Syafiq Suhaimi Pengurus Rumah Anak-Anak Yatim Damai. Beliau diiringi oleh Cik Irma Mahamad, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan MIDF.
Sumber: Facebook MIDF
Share:
More Posts
Plantation Ministry bids funding for replanting initiatives to support smallholders
… Ministry of Finance’s (MOF) approval. “We have to wait for the … Malaysia being 19 years old or older, a slowdown in new plantings that limits …
Tesla Malaysia officially launches Cyberjaya HQ – New Straits Times
… (MOF) is considering the implementation of EV procurement as … MalaysiaIeaTeslaTvetEnergy CommissionCyberjayaMinistry Of FinanceMaster …
Renewed interest in Affin Bank shares said to be driven by Sarawak factor
Such a move would require Bank Negara Malaysia’s approval. “It all comes down to pricing,” says a source, who believes that some of the top …
Targeted subsidies to ease rakyat’s burden – The Borneo Post
Moreover, nearly 30 percent of the interest payments ends up in foreign hands. Source: Bank Negara Malaysia. RM41.3 billion is also equivalent to …