Program Lawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi YBhg. Datuk Seri Mohammad Mentek Ke Suria Component Manufacturing (M) Sdn Bhd dan Golden Palm Oil Industries Sdn Bhd

Program Lawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi YBhg. Datuk Seri Mohammad Mentek Ke Suria Component Manufacturing (M) Sdn Bhd dan Golden Palm Oil Industries Sdn Bhd

Sekitar program lawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi YBhg. Datuk Seri Mohammad Mentek ke Suria Component Manufacturing (M) Sdn Bhd dan Golden Palm Oil Industries Sdn Bhd yang merupakan peserta projek rintis MEDAC-MTDC i4.0 Accelerator Programme.

 

Program ini merupakan salah satu kolaborasi strategik di antara Kementerian Pembangunan Usahawan dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) yang telah dilancarkan pada Disember 2019 dengan tujuan membantu PKS untuk mengadaptasi teknologi i4.0 dalam perniagaan mereka melalui penyediaan sokongan teknikal dan pementoran.

 

MTDC berperanan sebagai menyedia solusi industri 4.0 kepada syarikat terlibat melalui tenaga pakar tempatan di dalam komuniti Centre of 9 Pillars (Co9P) MTDC.

 

Co9P yang dibina berdasarkan konsep berasaskan komuniti sebagai pusat khusus untuk industri 4.0 dilengkapi makmal pembuatan dan ruang kerja bersama bagi membolehkan PKS mencari jalan penyelesaian industri 4.0 tempatan untuk proses sedia ada.

 

#mtdcmalaysia

 

#i4.0

 

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

 

Sumber: Facebook MTDC

Share:

More Posts

Subscribe

Stay Up to Date with Our Latest News

Fill in the form below to join our newsletter!