USAHAWAN PERLU BERSEDIA PASCA MORATORIUM

Golongan usahawan yang mengambil skim pembiayaan daripada institusi kewangan...
ADFIM

ADFIM

USAHAWAN PERLU BERSEDIA PASCA MORATORIUM

Golongan usahawan yang mengambil skim pembiayaan daripada institusi kewangan...

JOHOR BAHRU – Golongan usahawan yang mengambil skim pembiayaan daripada institusi kewangan atau bank perlu menyemak segera keupayaan aliran tunai serta kebersediaan dari segi kewangan untuk membayar semula pinjaman masing-masing menjelang tamatnya tempoh moratorium pada September ini.

 

Setiausaha Agung Persatuan Institusi-institusi Pembangunan Kewangan Malaysia (ADFIM), Mohd. Prasad Hanif berkata, bagi menjamin keupayaan kewangan mereka, usahawan terlibat juga perlu memperkemaskan semula model perniagaan masing-masing supaya selari dengan perubahan drastik terhadap normal baharu yang dicetuskan oleh penularan wabak COVID-19.

 

Beliau menegaskan, kegagalan usahawan bersedia dari awal akan mendedahkan perniagaan mereka terhadap pelbagai risiko disebabkan jualan masih belum meningkat sepenuhnya, manakala aliran tunai menyusut kerana pembayaran semula pembiayaan.

 

“Dalam keadaan ini, usahawan tidak sempat mendapatkan pembiayaan sewajarnya. Selain itu, kuasa pembeli pasca COVID -19 juga masih dalam proses adaptasi terhadap normal baharu dan usahawan kemungkinan tidak sempat mengubah suai model perniagaan untuk mengikuti trend tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

 

Justeru, Mohd. Prasad menyarankan usahawan supaya mendapatkan khidmat nasihat dengan menghubungi Bahagian Pembangunan Usahawan di bawah agensi atau institusi yang menganggotai ADFIM.

 

Mereka boleh menghubungi Center for Entrepreneur Development and Research (CEDAR), Technopreneur Training Academy (TENTRA), Bahagian Pembangunan Usahawan MARA, Institut Francais (Perbadanan Nasional Berhad), Agrobank Center for Excellence (ACE) ataupun bahagian pembangunan usahawan di bawah ahli ADFIM yang membariskan perunding serta mentor berkelayakan dan berpengalaman, katanya. – VOICE

Share:

On Key

Related Posts

Stay Up to Date with Our Latest News

Fill in the form below to join our newsletter!