PROGRAM GRADUAN CEMERLANG 2020

ADFIM

ADFIM

PROGRAM GRADUAN CEMERLANG 2020

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara.

 

Calon-calon mestilah memenuhi syarat umum dan syarat khusus permohonan sepertimana yang telah ditetapkan oleh MARA. Syarat-syarat ini boleh dirujuk di dalam garis panduan yang dilampirkan.

 

Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web rasmi MARA di pautan https://www.mara.gov.my mulai 31 Mac sehingga 13 April 2020.

 

Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh berhubung dengan Bahagian Penganjuran Pelajaran, Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA, 21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur.
Telefon:03-26132103/35032/32067/32106
Emel : [email protected]

 

Sumber: https://ewarta.mara.gov.my/2020/03/30/program-graduan-cemerlang-2020/#more-10504

Share:

On Key

Related Posts

PROGRAM GRADUAN CEMERLANG 2020

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka

Stay Up to Date with Our Latest News

Fill in the form below to join our newsletter!