
ADFIM
PERKHIDMATAN AHLI ADFIM AKAN TERUS BEROPERASI

PERKHIDMATAN AHLI ADFIM AKAN TERUS BEROPERASI
KUALA LUMPUR, 17 Mac 2020: Berikutan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri berhubung wabak Covid-19, ADFIM ingin memaklumkan Persatuan Institusi-Institusi Pembangunan Kewangan Malaysia (ADFIM) menyahut saranan kerajaan dalam Perintah Kawalan Pergerakan.
Ahli-ahli ADFIM telah mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk mengekang penularan wabak ini bagi menjaga kesihatan dan keselamatan pelanggan dan juga pekerja. Antara usaha yang telah dilaksanakan termasuk menyediakan hand sanitizer, memeriksa suhu badan, memperkenalkan pembahagian tugas bagi mengurangkan pekerja di pejabat, serta melaksanakan waktu pergerakan anjal dan konsep bekerja dari rumah. Segala usaha ini dilaksanakan tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan organisasi tersebut.
Sehubungan itu, ADFIM juga ingin memaklumkan bahawa Institusi Kewangan yang menjadi ahli ADFIM akan terus beroperasi seperti biasa. Segala perkhidmatan atas talian, kaunter dan juga cawangan-cawangan organisasi akan terus dibuka bagi pelanggan melaksanakan urusan kewangan. Pelanggan dan rakyat secara umumnya boleh terus menikmati perkhidmatan institusi tersebut termasuk akses kepada ATM, kemudahan pembiayaan, perbankan atas talian dan perkhidmatan kewangan yang lain.
Institusi kewangan yang akan terus beroperasi dan memberikan perkhidmatan adalah Agrobank, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat, SME Bank, Credit Guarantee Corporation (CGC), Malaysian Industrial Development Finance (MIDF), Sabah Development Bank Berhad, Sabah Credit Corporation dan Development Bank of Sarawak Berhad.
ADFIM juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan bersabar menghadapi ujian wabak COVID-19 ini. ADFIM komited untuk bekerjasama dengan Ahli ADFIM bagi membantu mengurangkan beban pelanggan yang terkesan dengan wabak ini. Pelanggan-pelanggan ahli ADFIM juga dinasihatkan untuk menghubungi cawangan yang berhampiran untuk mengetahui dengan lebih lanjut sebarang kemudahan yang ditawarkan oleh ahli persatuan itu.
Mengenai ADFIM
ADFIM ditubuhkan pada 12 Januari 1981 dengan hanya 10 ahli dan sekarang telah bertambah kepada 17 organisasi dengan mandat untuk meningkatkan pengetahuan, kepakaran dan keberkesanan dalam semua aspek pembiayaan pembangunan dan penyelidikan dalam kalangan ahli-ahlinya. ADFIM juga bermatlamat untuk menggalakkan pengukuhan struktur institusi dan amalan yang baik dalam perniagaan dan profesion pembiayaan pembangunan dan penyelidikan dalam kalangan ahli-ahli anggota.
Ahli-ahli ADFIM terbahagi kepada 2 kluster utama:
- Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) yang terdiri daripada 5 bank dibawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan (DFIA 2002) iaitu Agrobank, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat and SME Bank.
- Tujuh IKP lain adalah di bawah pengawasan dari pelbagai kementerian dan agensi kerajaan iaitu Borneo Development Corporation (Sabah dan Sarawak), Credit Guarantee Corporation, Malaysian Industrial Development Finance, Sabah Development Bank Berhad, Sabah Credit Corporation dan Development Bank of Sarawak Berhad.
- Organisasi Pembangunan Keusahawanan yang terdiri daripada Amanah Ikhtiar Malaysia, Johor Corporation, Perbadanan Nasional Berhad, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Majlis Amanah Rakyat dan Malaysian Technology Development Corporation.
Dikeluarkan oleh:
Sekretariat
Persatuan Institusi-institusi Pembangunan Kewangan Malaysia (ADFIM)
Level 10, Menara SME Bank
Jalan Sultan Ismail
50774 Kuala Lumpur
Tel: 03-26949871
Fax: 03-26941673
Sila hubungi:
Ir. Haji Mohd Prasad Hanif
Setiausaha Agung
Tel: 03-26949871
Email: [email protected]
Muhamad Badri Othman
Sekretariat ADFIM
Tel: 03-26949871
Telefon Bimbit: 016-2239404
Email: [email protected]
Share:
Related Posts

PERKHIDMATAN AHLI ADFIM AKAN TERUS BEROPERASI
PERKHIDMATAN AHLI ADFIM AKAN TERUS BEROPERASI KUALA LUMPUR, 17 Mac 2020: Berikutan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri berhubung wabak Covid-19, ADFIM ingin memaklumkan Persatuan Institusi-Institusi