JCORP DAN KUMPULANNYA BERI BANTUAN

JCORP DAN KUMPULANNYA BERI BANTUAN

JCorp dan kumpulan salurkan sumbangan berjumlah RM3 juta bagi membiayai pembelian 20 unit mesin bantuan pernafasan (Respiratory Ventilator Machine – RVM)) bagi keperluan mangsa Covid-19 di seluruh Johor.

 

Bantuan ini disumbangkan oleh JCorp dan syarikat Kumpulan termasuk KPJ Healthcare Berhad, Kulim (M) Berhad, QSR Brands (M) Holdings Bhd, Johor Land Berhad, Damansara REITS Managers Sdn Bhd, Damansara Assets Sdn Bhd (DASB) serta Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp).

 

Sumbangan ini sudah disalurkan melalui Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) selaku badan yang menguruskan bantuan dan pembelian RVM berkenaan untuk memenuhi sebahagian daripada 40 unit RVM yang diperlukan segera oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ).

 

#MembinaDanMembela

 

#TeamJCorp

 

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/560052/jcorp-dan-kumpulannya-beri-bantuan

Share:

More Posts

Subscribe

Stay Up to Date with Our Latest News

Fill in the form below to join our newsletter!