4 DILANTIK PENGERUSI BAHARU AGENSI BAWAH KPLB
- May 6, 2020
- ADFIM
PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengumumkan pelantikan empat pengerusi baharu agensi di bawahnya, berkuat kuasa 15 Mei ini.
Lantikan itu adalah bagi jawatan Pengerusi di MARA Incorporated (MARA Inc), iaitu syarikat terbabit dalam bidang hartanah; Pelaburan MARA Berhad (PMB) – perkhidmatan kewangan; Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) – pendidikan; dan Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia Sdn Bhd (DDEC) – perkhidmatan perniagaan, khususnya reka bentuk dan kreatif.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, berkata Prof Emeritus Datuk Dr Sukiman Sarmani dilantik sebagai Pengerusi Universiti Teknikal MARA Sdn Bhd (Unitek-MARA), Datuk Seri Ahmad Azizi Ali (Pengerusi MARA Inc), Datuk Azrulnizam Abdul Aziz (Pengerusi PMB) dan Burhanuddin Md Radzi (Pengerusi DDEC).
“Pihak kementerian yakin semua Pengerusi yang dilantik ini memiliki ketokohan, keupayaan, kepakaran dan pengalaman luas serta menjiwai semangat perjuangan dalam merealisasikan visi dan misi setiap agensi bawah KPLB.
“Melalui pelantikan dan pendekatan baharu ini juga, kementerian yakin MARA dan subsidiarinya akan terus dipacu dengan membawa aspirasi dan agenda perjuangan membangunkan sosioekonomi Bumiputera,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Beliau berkata, ia bagi memastikan tiga sektor utama di MARA meliputi keusahawanan, pendidikan dan pelaburan, digerakkan secara seimbang serta menjadi teras strategik dalam membawa agenda Bumiputera ke tahap lebih tinggi.
“Tahniah atas pelantikan ini dan diharap dapat memberikan perkhidmatan cemerlang untuk kemajuan agensi pada masa akan datang,” katanya.
Share:
More Posts
Octa’s research: external factors weigh on Bank Negara Malaysia – Media OutReach Newswire
The Monetary Policy Committee of the Bank Negara Malaysia (BNM) will meet on 8 – 9 May to decide on monetary policy. Octa’s experts expect the …
Jumbo Gold and Diamonds Announces Strategic Shift to Retail – Media OutReach Newswire
… Octa’s research: external factors weigh on Bank Negara Malaysia. 42 m ago …
Malaysia asserts claim for portion of Goldman Sachs fines in 1MDB case – New Straits Times
The bank helped sell US$6.5 billion of bonds for 1MDB, which former prime minister Datuk Seri Najib Razak set up with the help of financier Jho Low, …
OCK marks entry into Laos with a 15-year tower leasing deal with Best Telecom
Back in October 2022, OCK and Laos Ministry of Finance (MOF) inked a shareholder agreement to set up a joint venture company, OCK Laos TowerCo Co …