loading

PROGRAM #MUSAADAHCOVID19 MENYANTUNI PETUGAS-PETUGAS BARISAN HADAPAN DI DAERAH KENINGAU, SABAH


Pada 8 Mei lalu, QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) sekali lagi menerusi Program #MusaadahCovid19 menyantuni petugas-petugas barisan hadapan di daerah Keningau, Sabah, yang bertungkus-lumus menangani penularan wabak COVID-19, sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

Antara yang menerima sumbangan adalah anggota Polis Diraja Malaysia; Jabatan Sukarelawan Malaysia; Majlis Daerah Keningau; Angkatan Tentera Malaysia; hospital; petugas media  serta Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah Keningau.

Program #MusaadahCovid19 kali ini mendapat kerjasama Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah.

Semoga sumbangan yang diberikan ini  dapat menyuntik semangat kepada petugas barisan hadapan yang terus komited dalam memerangi pandemik COVID-19 ini demi keselamatan rakyat.

#TeamJCorp

#MembinaDanMembela

#JCorpPrihatin

#TeamQSRBrands

#Dudukdirumah

#KitaJagaKita

Sumber: Facebook Johor Cooperation

SIARAN AKHBAR AHLI ADFIM

jcorpprogram musaadah covid19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *