PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL
- April 18, 2020
- ADFIM

Bank Simpanan Nasional (BSN) telah melaksanakan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) secara tunai di Cawangan-Cawangan BSN bermula semalam, 17 April 2020.
116 Cawangan BSN dibuka pada hari ini untuk membantu hampir 20,000 pelanggan yang terdiri daripada penerima BPN tunai seluruh negara. Untuk memastikan proses pembayaran BPN dijalankan dengan lebih lancar, BSN telah melanjutkan waktu operasi perbankan pada hari Sabtu & Ahad (18 & 19 April 2020) di Cawangan-Cawangan BSN terpilih seluruh negara.
BSN juga turut menitikberatkan langkah-langkah keselamatan semasa berada di premis Cawangan BSN termasuklah dengan menegaskan penjarakan sosial sejauh 1 meter dan memakai topeng muka kepada para pelanggan selain melakukan pemantauan suhu badan sebelum memasuki cawangan bagi melakukan transaksi perbankan.
Salah satu cawangan yang terlibat adalah Cawangan Matang BSN di Kuching, Sarawak. Seramai 300 pelanggan telah hadir di cawangan tersebut bagi urusan BPN, Bantuan Sara Hidup (BSH) serta Sarawakku Sayang, salah satu inisiatif daripada Kerajaan Negeri Sarawak. Jumlah pelanggan yang begitu ramai menyebabkan mereka perlu menunggu lama sebelum dapat membuat urusan di kaunter. Walau bagaimanapun, persediaan awal telah dibuat dengan kerjasama daripada pihak Jabatan Sukarela (RELA) serta Polis Bantuan BSN bagi mengendalikan pelanggan yang ramai dan memastikan penjarakan sosial yang berkesan. Di samping itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga membantu dengan membuat rondaan di kawasan Cawangan Matang BSN bagi memantau keadaan.
Pembayaran BPN secara tunai kepada penerima-penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau gagal kredit dilaksanakan sehingga 31 Disember 2020. Oleh yang demikian, penerima-penerima BPN kategori ini boleh hadir ke Cawangan-Cawangan BSN yang beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.
Walau bagaimanapun penerima-penerima BPN dinasihatkan untuk membuat semakan terlebih dahulu melalui laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri – https://www.hasil.gov.my atau Bantuan Sara Hidup (BSH) – https://bsh.hasil.gov.my dan Kementerian Kewangan Malaysia – https://www.treasury.gov.my sebelum hadir di mana-mana Cawangan BSN.
Pihak BSN juga sedang giat memantau dan melakukan yang terbaik bagi memastikan proses pembayaran BPN berjalan lancar.
Sumber: https://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=1664
Share:
More Posts
Targeted subsidies to ease rakyat’s burden – The Borneo Post
Targeted subsidies to ease rakyat’s burden · Dr. Yeah Kim Leng · Source: Bank Negara Malaysia · Figure 1: Fuel Subsidies by Income Group under SSA.
US monetary tightening key driver of ringgit fall: World Bank – New Straits Times
Sanghi also noted that Malaysia’s investment to gross domestic product ratio had been consistently coming down since the Asian financial crisis from a …
World Bank cuts Malaysia’s 2023 GDP growth forecast to 3.9%
He said Bank Negara Malaysia had also flagged plant maintenance in the mining sector as a temporary factor that affected second quarter growth …
Over 14,000 People to Attend IMF, World Bank Annual Meetings in Marrakech
… development concerns, and financing policies in a scenario of recession … meetings will be held as scheduled despite the September 8 earthquake is … Google Alert – development financial institutions