Kunjungan Daripada Yb Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Pusat Teknologi MTDC di UPM
- March 17, 2022
- ADFIM

MTDC berbesar hati menerima kunjungan daripada YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Pusat Teknologi MTDC di UPM. Kunjungan YB Menteri turut disertai oleh YBrs. Dr. Mohd Nor Azman Bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha serta pegawai-pegawai kanan MOSTI.
Ditubuhkan pada 1992, MTDC merupakan agensi utama yang terlibat dalam pengkomersialan dan pemindahan teknologi, inkubasi, pengurusan dana kerajaan berkaitan teknologi serta peningkatan kadar penerapan teknologi dalam syarikat-syarikat PKS tempatan.
Delegasi Kementerian telah disambut oleh YBhg. Tan Sri Abdul Rahman Mamat, Pengerusi MTDC, YBhg. Dato’ Norhalim Yunus, Ketua Eksekutif MTDC serta pegawai-pegawai kanan MTDC. Dato’ Norhalim memberikan penerangan mengenai fungsi, peranan, kepakaran, kemudahan dan khidmat yang disediakan, serta hala tuju MTDC untuk menerajui penerapan dan pengkomersialan teknologi di kalangan IKS di Malaysia.
Salah satu initiatif yang diketengahkan adalah program Teknologi dan Inovasi Sandbox Nasional (NTIS). Penubuhan NTIS merupakan sebahagian program dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
MTDC akan memberikan pembiayaan maksimum RM4 juta dalam bentuk dana hibrid untuk membiayai proses pengkomersialan penyelesaian sandbox dan dana padanan bersama-sama pelabur/syarikat korporat. Sejumlah RM15 juta akan diperuntukan sebagai dana padanan bersama-sama pelabur/syarikat korporat, di mana instrumen dan jumlah pembiayaan akan tertakluk kepada persetujuan antara MTDC dan syarikat korporat yang terlibat terutama sekali dalam industri yang melibatkan Industri 4.0 dan automasi serta robotik,
YB Menteri dan delegasi MOSTI telah dibawa melawat Centre of 9 Pillars (Co9P) sebuah hab komuniti bagi para usahawan teknologi, penyelidik-penyelidik daripada universiti tempatan. Semenjak penubuhan Co9P, sebanyak 20 syarikat teknologi tempatan bertaraf antarabangsa telah menerima pelaburan MTDC.
MTDC mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Khairy Jamaluddin serta delegasi dari MOSTI di atas kesudian melawat fasiliti MTDC.
#mtdcmalaysia
#penjana
#Co9P
#i4.0
Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI)
Sumber: Facebook MTDC
Share:
More Posts
Here’s a Snapshot of the Newly Released BNM Annual Report for 2022
Bank Negara Malaysia (BNM) released its Annual Report 2022 yesterday to … and Association of Development Finance Institutions Malaysia (ADFIM).
Federal govt debt could be fully settled in 2053: MoF – The Star
… if no new loans were to be taken to finance the deficit and to refinance maturing debts from 2024 onwards, said the Finance Ministry (MoF).
Cryptocurrency Outlook Picks Up Amid Bank Crisis; The Markets Lifting Bitcoin Price Might …
Then Silicon Valley Bank hit the skids, and financial markets were thrown … encouraging developments for the cryptocurrency outlook, Groth says. Google Alert – development financial institutions
‘Rich countries need to fund multilateral banks’ – Times of India
India Business News: Jeffrey Sachs, the director of the Center for Sustainable Development at Columbia University, is in Kerala for the meeting of … Google Alert – development financial institutions