JOHOR CORPORATION (JCORP) DAN SYARIKAT KUMPULANNYA SUDAH MENYALURKAN SUMBANGAN BERNILAI LEBIH RM4.54 JUTA BAGI MEMBANTU KERAJAAN YANG SEDANG BERUSAHA MEMUTUSKAN RANTAIAN PENULARAN COVID-19
- April 25, 2020
- ADFIM

JOHOR BAHRU, 25 April — Johor Corporation (JCorp) dan syarikat kumpulannya sudah menyalurkan sumbangan bernilai lebih RM4.54 juta bagi membantu kerajaan yang sedang berusaha memutuskan rantaian penularan COVID-19 menerusi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac lepas.
Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad, yang juga Pengerusi JCorp, berkata ia termasuk bantuan berjumlah RM3 juta bagi membiayai pembelian 20 mesin bantuan pernafasan (RVM) untuk keperluan pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang dijangkiti COVID-19 di hospital seluruh negeri itu.
Beliau berkata bantuan itu disumbangkan JCorp bersama Kulim (M) Berhad (Kulim), KPJ Healthcare Berhad (KPJ), QSR Brands (M) Holdings Berhad (QSR Brands), Johor Land Berhad (JLand), Damansara Assets Sdn Bhd (DASB), Damansara REIT Managers Sdn Bhd serta Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp).
“Selain daripada sumbangan pembelian RVM, bantuan berjumlah RM727,849 dalam bentuk barangan telah diberikan oleh Kulim, JLand, KPJ, QSR Brands, DASB dan KARA Holdings (KARA) yang meliputi peralatan perlindungan diri (PPE) untuk petugas barisan hadapan dan peralatan perubatan bagi kegunaan hospital, selain termometer, produk nanas Melita, set hidangan KFC dan Pizza Hut serta produk Ayamas yang diagihkan kepada pasukan petugas di pelbagai agensi,” menurutnya dalam kenyataan yang dikeluarkan JCorp hari ini.
Hasni berkata dalam pada itu, bantuan wang tunai berjumlah RM131,600 turut disumbangkan oleh Kulim, JLand dan WANCorp kepada beberapa badan serta persatuan.
Beliau berkata sumbangan makanan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan susu turut diagihkan kepada sejumlah 3,183 keluarga golongan B40 yang melibatkan peruntukan RM161,668 bagi tempoh 22 Mac hingga 13 April lepas.
Daripada keseluruhan jumlah RM161,668 terbabit, Dana Kebajikan WANCorp menyumbangkan sebanyak RM65,000 kepada 1,300 keluarga, Dana ADD Hope KFC memberi RM10,850 untuk 217 keluarga manakala Dana COVID-19 yang diuruskan WANCorp menghulurkan RM85,818 kepada 1,666 keluarga.
“WANCorp turut prihatin terhadap kesukaran peniaga-peniaga yang menyewa kedai dan gerai di premis miliknya yang terpaksa menghentikan operasi semasa PKP ini. Untuk membantu meringankan beban peniaga kecil yang terlibat, WANCorp memberi moratorium pinjaman, pelepasan sewa atau diskaun berjumlah RM555,004 bagi tempoh enam bulan,” katanya.
Hasni berkata JCorp dan syarikat kumpulan itu akan meneruskan komitmen membantu kerajaan dan komuniti terjejas agar selari dengan keputusan kerajaan yang menguatkuasakan Fasa keempat PKP mulai 28 April hingga 12 Mei bagi memastikan usaha mencegah dan memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 benar-benar berkesan.
Berikutan penularan COVID-19 yang memberi kesan jangka panjang kepada seluruh rakyat, khususnya golongan B40, beliau menyeru agar lebih ramai dermawan tampil menyumbang kepada mana-mana dana berkaitan bagi membantu golongan itu, termasuk Dana COVID-19 yang diuruskan oleh WANCorp.
Sumbangan kepada Dana COVID-19 boleh dibuat menerusi pautan https://toyyibpay.com/Tabung-Bantuan-Covid-19- atau disalurkan ke Akaun Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru di akaun Bank Islam Malaysia Berhad bernombor 01014010060023, kata beliau.
— BERNAMA
Sumber: https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1835765
Share:
More Posts
India’s Growth to Remain Resilient Despite Global Challenges – World Bank
India continues to show resilience against the backdrop of a challenging global environment, according to World Bank’s latest India Development … Google Alert – development financial institutions
World Bank president forges a greener path – The Banker
The multilateral development bank’s new leader has spent his first four months building bridges across the world, as well as pledging to do more … Google Alert – development financial institutions
Owners of Madhav hang up their aprons for the last time as the Development Bank backs …
Dnyaneshwar Gaikwad, 89, and his wife Pushpa, 78 have retired from their popular vegetarian Indian café and mini-market in Cardiff after 43 years … Google Alert – development financial institutions
PayNet, BNM Clarify the DuitNow QR Transaction Fee Confusion – Fintech News Malaysia
Bank Negara Malaysia (BNM), PayNet’s majority owner, also issued a statement “to address concerns over the imposition of a transaction fee by some …