HUAWEI BERI PENGIKTIRAFAN KKTM PETALING JAYA – PENUBUHAN HUAWEI ICT ACADEMY

Syarikat Huawei Technologies Co. Ltd. baru-baru ini telah memberi pengiktirafan...
ADFIM

ADFIM

HUAWEI BERI PENGIKTIRAFAN KKTM PETALING JAYA – PENUBUHAN HUAWEI ICT ACADEMY

Syarikat Huawei Technologies Co. Ltd. baru-baru ini telah memberi pengiktirafan...

Kuala Lumpur, 2 Jun 2020 – Syarikat Huawei Technologies Co. Ltd. baru-baru ini telah memberi pengiktirafan kepada pusat TVET MARA melalui Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya (KKTM Petaling Jaya) sebagai Huawei ICT Academy.

 

Program usahasama ini adalah sebahagian daripada inisiatif global Huawei untuk memperkasa dan menyokong pembangunan kemahiran ICT dan Internet of Things.

 

Pengarah KKTM Petaling Jaya, Ts. Mohd Nazif Bin Mohd Baharuddin berkata, kerjasama ini merupakan sebuah peluang keemasan kepada pelajar-pelajar KKTM Petaling Jaya bagi menambah nilai dan meningkatkan kadar kebolehpasaran selaras dengan Industry Revolution 4.0.

 

Menurut beliau, “MARA sangat berbangga diiktiraf oleh Huawei kerana melihat kemampuan KKTM Petaling Jaya sebagai sebuah kolej TVET MARA yang mengaplikasikan teknologi Internet of Things berteraskan industri di samping memberi pelbagai manfaat kepada semua graduan MARA untuk mendapatkan pensijilan HCIA-Routing & Switching. Seterusnya, program ini membolehkan pelajar memperoleh persijilan yang diiktiraf secara global seperti HCIA IoT, HCIA Cloud Computing dan HCIA Big Data,”katanya.

 

“Pelajar KKTM Petaling Jaya sangat beruntung kerana program HCIA ditawarkan di sini dengan MARA menyediakan kemudahan dan kelengkapan untuk memberi latihan, kemahiran dan pengetahuan berasaskan produk Huawei yang sangat bermanfaat kepada pelajar kita.

 

Jadi, peluang ini terbuka kepada pelajar yang berminat agar mereka dapat memenuhi permintaan industri pada masa akan datang dengan pendapatan yang tinggi,” tambahnya lagi.

 

KKTM Petaling Jaya turut akan menjadi konsultan dalam penyediaan latihan bagi peningkatan kemahiran kepada pihak yang berminat. Pihak kolej menyediakan kemudahan fizikal seperti bilik kuliah, makmal/bengkel dan keperluan latihan yang berkaitan untuk memastikan pelajar menjalankan latihan praktikal di kampus ini.

 

“Kita mengharapkan kepada semua pihak yang terlibat agar memanfaatkan dan memastikan objektif program ini dapat dicapai dengan penuh jaya serta mampu melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi untuk memenuhi keperluan industri negara ini,” kata Ts. Mohd Nazif Bin Mohd Baharuddin.

 

Sumber: https://ewarta.mara.gov.my/2020/06/02/huawei-beri-pengiktirafan-kktm-petaling-jaya-penubuhan-huawei-ict-academy/#more-10585

Share:

On Key

Related Posts

Stay Up to Date with Our Latest News

Fill in the form below to join our newsletter!