COVID-19: AHLI ADFIM SEDIA DANA RM900 JUTA BANTU IKS TERJEJAS
- April 13, 2020
- ADFIM

KUALA LUMPUR: Beberapa bank yang menganggotai Persatuan Institusi-Institusi Pembangunan Kewangan Malaysia (ADFIM) menyediakan peruntukan lebih RM900 juta bagi membantu komuniti pelbagai sektor perniagaan serta industri kecil dan sederhana (IKS) yang terjejas atau terpaksa memberhentikan operasi sepenuhnya akibat penularan Covid-19 sejak Mac lalu.
Pada masa sama, sejumlah RM14.1 juta telah disumbangkan oleh ahli ADFIM kepada pelbagai tabung dan organisasi bagi menampung serta membantu barisan hadapan menangani COVID-19 serta komuniti yang terkesan dengan wabak tersebut.
Setiausaha Agungnya, Ir Haji Mohd Prasad Hanif berkata, ADFIM mempunyai 17 ahli dan BSN sebagai pengendali Skim Kredit Mikro, telah menyediakan dana sebanyak RM700 juta kepada semua usahawan mikro yang berkelayakan.
Beliau berkata, menerusi skim Kemudahan Bantuan Khas Untuk COVID-19, bank itu menawarkan pembiayaan mudah kepada usahawan mikro dalam semua sektor perniagaan termasuk pengusaha taska, operator bas dan teksi, industri kreatif dan peniaga atas talian yang memerlukan bantuan.
Katanya, BSN juga melonggarkan syarat kelayakan pinjaman dengan minimum enam bulan operasi berbanding setahun operasi. Amaun pembiayaan turut ditingkatkan daripada maksimum RM50,000 kepada RM75,000 bagi setiap usahawan.
“Selain itu, BSN menawarkan pembiayaan bebas cagaran sehingga RM250,000 yang melibatkan kemudahan bantuan khas agromakanan serta automasi dan digital dengan tempoh pembiayaan antara 5 hingga 7 tahun,” katanya.
Ir Prasad berkata, Bank Rakyat pula menyediakan pembiayaan sebanyak RM200 juta untuk memenuhi keperluan koperasi, perusahaan mikro dan PKS bermula dari 23 Mac lalu tertakluk kepada syarat ditetapkan.
“Bank itu turut menawarkan moratorium 6 bulan untuk pembayaran pembiayaan bagi Individu dan syarikat dalam industri yang terjejas seperti penerbangan, pelancongan dan pengangkutan,” katanya sambil memberitahu, turut terdapat tawaran menarik untuk semua produk Kad Kredit-I bank tersebut.
Sehubungan itu, ADFIM menggalakkan pengusaha IKS yang berminat untuk berhubung terus dengan institusi tersebut bagi meraih kemudahan yang ditawarkan atau mendapatkan perincian produk-produk pembiayaan lain berkaitan.
Beliau berkata, semua institusi kewangan akan terus memproses permohonan pembiayaan di samping menawarkan perkhidmatan kewangan yang lain. Talian perkhidmatan pelanggan juga akan terus beroperasi bagi menangani keperluan pelanggan.
Dalam tempoh PKP sekarang, Institusi Kewangan Pembangunan beroperasi mengikut waktu ditetapkan. Agrobank, BPMB dan BSN dibuka jam 9.30 pagi hingga 3 petang, SME (8.30 pagi – 3 petang) manakala Bank Rakyat (9 pagi – 1 petang).
LAMPIRAN
HOTLINE AHLI ADFIM SEMPENA WABAK COVID-19
NO. | INSTITUTIONS | INSTITUTION’S HOTLINE/CUSTOMER CARE |
---|---|---|
1 | Agrobank | 1300-88-2476 |
2 | Bank Rakyat | 1300-80-5454 |
3 | Bank Pembangunan Malaysia Berhad | 03-2611 3888. |
4 | Bank Simpanan Nasional | 1300-88-1900 |
5 | SME Bank | 03-2603 7700 |
6 | Malaysian Industrial Development Finance (MIDF) | 1300-88-6433 / [email protected] |
7 | Sabah Development Bank Berhad | 088-232177 / [email protected] |
8 | Sabah Credit Corporation | 088-323888 atau [email protected] |
9 | Development Bank of Sarawak Berhad | 082-551999 / [email protected] |
10 | Borneo Development Corporation (Sabah) Berhad | 088-238816 / [email protected] |
11 | Borneo Development Corporation (Sarawak) Berhad | 082-452 958 / https://www.satriabdc.com.my |
12 | Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) | 03-21726000 / [email protected] |
13 | Majlis Amanah Rakyat | 03-2613 5086/03-2613 5087/03-2613 5082/03-2613 2243/03-2613 2247/03-2613 2000 |
14 | Perbadanan Usahawan Nasional (PUNB) | [email protected] |
15 | Perbadanan Nasional Berhad (PNS) | [email protected] |
16 | Johor Corporation (JCORP) | 07–2192692 / [email protected] |
17 | Credit Guarantee Corporation (CGC) | 03-7880 0088 / [email protected] |
Mengenai ADFIM
ADFIM ditubuhkan pada 12 Januari 1981 dengan hanya 10 ahli dan sekarang telah bertambah kepada 17 organisasi dengan mandat untuk meningkatkan pengetahuan, kepakaran dan keberkesanan dalam semua aspek pembiayaan pembangunan dan penyelidikan dalam kalangan ahli-ahlinya. ADFIM juga bermatlamat untuk menggalakkan pengukuhan struktur institusi dan amalan yang baik dalam perniagaan dan profesion pembiayaan pembangunan dan penyelidikan dalam kalangan ahli-ahli anggota.
Ahli-ahli ADFIM terbahagi kepada 2 kluster utama:
1. Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) yang terdiri daripada 5 bank dibawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan (DFIA 2002) iaitu Agrobank, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat and SME Bank.
Tujuh IKP lain adalah di bawah pengawasan dari pelbagai kementerian dan agensi kerajaan iaitu Borneo Development Corporation (Sabah dan Sarawak), Credit Guarantee Corporation, Malaysian Industrial Development Finance, Sabah Development Bank Berhad, Sabah Credit Corporation dan Development Bank of Sarawak Berhad.
2. Organisasi Pembangunan Keusahawanan yang terdiri daripada Amanah Ikhtiar Malaysia, Johor Corporation, Perbadanan Nasional Berhad, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Majlis Amanah Rakyat dan Malaysian Technology Development Corporation.
Dikeluarkan oleh: | Sila hubungi: |
---|---|
Sekretariat | Ir. Haji Mohd Prasad Hanif Setiausaha Agung 03-26949871 / [email protected] |
Persatuan Institusi-institusi Pembangunan Kewangan Malaysia (ADFIM) | Muhamad Badri Othman Sekretariat ADFIM 03-26949871 / 016-2239404 / [email protected] |
Share:
More Posts
MIFC’s role vital to drive Islamic finance growth – New Straits Times
… Malaysia. More News. Besides that, he said Bank Negara Malaysia (BNM) and the Securities Commission (SC) collaborated to establish the Malaysia …
BNM: Enhance self-protection mechanism, avoid falling victims to scammers
In fact, Bank Negara Malaysia (BNM) manager Vijayadurai Singgatore said the public is also advised to stay vigilant with the latest warnings and …
Norman Matthieu Vanhaecke is Cradle Fund Sdn Bhd’s new Group CEO
… Malaysia. His … Cradle expressed deep appreciation for the unwavering support provided by the Finance Ministry (MoF) and Mosti since its inception.
Govt allocates RM1bil for eMadani programme, registration from Dec 4 – The Star
… Malaysian citizens, said the Ministry of Finance (MoF). In a statement, the ministry said the recipients will get a one-off e-cash credit of RM100 …