BANK RAKYAT SEDIA PELBAGAI PAKEJ BANTU USAHAWAN
- May 12, 2020
- ADFIM
KUALA LUMPUR: Bank Rakyat menawarkan pembiayaan khas sehingga RM300,000 untuk membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan koperasi.
Ia turut menawarkan RM50,000 untuk pembiayaan mikro bagi tempoh 69 bulan dengan penangguhan bayaran pembiayaan selama sembilan bulan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata langkah proaktif itu diambil bagi membantu individu dan perniagaan yang terjejas daripada kesan ekonomi akibat pandemik COVID-19 dengan menawarkan pelbagai bantuan kewangan.
Beliau berkata, Bank Rakyat turut menawarkan pembiayaan keseluruhan berjumlah RM50 juta untuk usahawan wanita melalui pakej Biz Lady, Katanya, program khas ini membantu usahawan wanita mengurangkan masalah aliran wang tunai jangka pendek dan mengekalkan kelangsungan perniagaan.
“Kempen ini diharap dapat membantu usahawan dan koperasi mengekalkan kesinambungan perniagaan masing-masing dan dapat melonjakkan semula ekonomi negara sepanjang tempoh yang mencabar ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, Bank Rakyat turut menawarkan kempen ‘Kami Bersama Anda’ yang bermula sejak 24 April sehingga 30 Jun 2020, dengan menawarkan Pembiayaan Peribadi-i dengan jumlah pembiayaan sehingga RM200,000 dengan kadar keuntungan serendah 2.78 peratus setahun bagi tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.
Wan Junaidi berkata, sekiranya pelanggan mempunyai barang kemas dan memerlukan wang tunai segera, Bank Rakyat turut menawarkan Pajak Gadai-i Ar-Rahnu dengan jumlah pembiayaan sehingga RM350,000, margin pembiayaan sehingga 80 peratus bagi tempoh pembiayaan sehingga 18 bulan.
“Sekiranya pelanggan mahu membeli barang keperluan harian dan menyediakan persiapan untuk musim perayaan, gunalah Kad Kredit-i atau Kad Debit-i Bank Rakyat dan berpeluang memenangi hadiah terkumpul pulangan tunai sehingga RM30,000 melalui transaksi dalam talian.
“Malah, sekiranya berhasrat untuk menyalurkan duit ke ibu bapa di kampung, anda boleh menggunakan aplikasi DuitNow di iRakyat dan berpeluang memenangi hadiah terkumpul sehingga RM24,000,” katanya
Share:
More Posts
Navigating uncertainties Khazanah on its growth strategy for 2024 – The Edge Malaysia
But there is a bright side, and that is Malaysia’s own economic resilience. Bank Negara Malaysia has projected Malaysia’s GDP growth to come in at 4% …
Country’s GDP on track – The Star
… in line with official estimates. Most economists expect the gross domestic product (GDP) growth projection by Bank Negara to be in sync with their …
Developing an Islamic financial identity – Newspaper – DAWN.COM
Islamic banks advocate exploring Sharia-based alternatives to conventional financial benchmarks to propel growth. Google Alert – development financial institutions
IFC and the SPX Launch ESG Program in Fiji to Boost Sustainable Growth, Spur Investment
Financial Institutions · Funds · Health · Education … About IFC IFC — a member of the World Bank Group — is the largest global development institution … Google Alert – development financial institutions