Pelantikan Baharu Ahli Majlis Tertinggi ADFIM 2021-2023
- April 2, 2021
- ADFIM
KUALA LUMPUR: Persatuan Institusi-Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan hari ini dan melantik barisan kepimpinan ADFIM yang baru bagi sesi 2021-2023.
Encik Izwan Zainuddin selaku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah dilantik sebegai Pengerusi. Encik Jay Khairil Jeremy Abdullah selaku Ketua Eksekutif Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Encik Mohd Hilaluddin Abd Shukor selaku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Nasional Berhad (PNS) telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi I dan 2. Dato’ Norhalim Yunus selaku Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) telah dilantik sebagai Bendahari manakala Ir Haji Mohd Prasad bin Hanif dikekalkan sebagai Setiausaha Agung bagi penggal ini.
Mesyuarat ini dihadiri oleh Ahli Majlis yang terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif dan wakil institusi serta organisasi di bawah ADFIM. Ia telah dipengerusikan oleh Encik Aria Putera Ismail selaku Pengerusi ADFIM sejak September 2018 dan dikendalikan oleh Encik Mohd Prasad Hanif selaku Setiausaha Agung ADFIM.
Wakil pengurusan tertinggi dari beberapa institusi kewangan pembangunan yang turut hadir adalah seperti Puan Khadijah Iskandar selaku Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Pertanian Malaysia Bhd (Agrobank), Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan selaku Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat), Encik Azizi Mustafa selaku Ketua Kewangan Pembangunan (MIDF), Encik Arshad Mohamed Ismail selaku Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), Encik George Taitim Tulas selaku Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Credit Corporation (SCC) dan Encik Farish Nizar Othman selaku Pengarah Khidmat Korporat Malaysian Technology Development Corporation (MTDC).
Sekalung tahniah kepada kesemua Ahli Majlis baharu yang dilantik, dan ADFIM mengalu-alukan kerjasama untuk sama-sama membentuk struktur institusi dan amalan baik dalam industri kewangan pembangunan dan perbankan di Malaysia. Di kesempatan ini juga ADFIM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan Ahli Majlis terdahulu, segala tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan terlaksana dengan jayanya.
Share:
More Posts
Gobind: Malaysia remains committed to implementing Dual 5G Network model – ADFIM
Ministry of Finance) in DNB. Google Alert – Ministry of Finance MoF Malaysia. Subscribe to Our Newsletter. Sign Up. The Association of Development …
PRESSR: NEOM secures SAR 10bln financing facility as development powers ahead
Nadhmi Al-Nasr, CEO, NEOM, said: “As NEOM continues to gather pace, this new credit facility, backed by Saudi Arabia’s leading financial institutions, … Google Alert – development financial institutions
MALAYSIA TO SPEARHEARD PROMOTION OF CLOSER TIES AMONG ADFIMI MEMBER NATIONS
… Development Finance Institutions in Member Countries … Its establishment is to enhance the effectiveness of development financial institutions (DFIs) … Google Alert – development financial institutions
Kyrgyzstan secures $79mn project for affordable housing with Islamic Development Bank
The agreement was signed with the Islamic Development Bank (IsDB) during a meeting between Kasymaliev and IsDB President, Mohammed Sulaiman Al-Jasser. Google Alert – development financial institutions