Majlis Berbuka Puasa Anjuran Persatuan Institusi-Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM)
- April 24, 2021
- ADFIM
Kuala Lumpur: Seramai 53 anak-anak yatim diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Institusi-institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) bersama ahli-ahlinya, di Bangi, semalam.
Setiausaha Agungnya, Mohd Prasad Hanif berkata, program ini dijalankan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara ADFIM bersama ahli-ahlinya, sekaligus meraikan anak-anak yatim.
“Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sekolah Islam Al-Farabi dan Masjid Nurul Amin yang telah mengumpulkan dan menguruskan anak-anak yatim pagi program petang ini (semalam).
“Program yang diadakan secara tahunan ini tidak dapat diadakan pada tahun lepas disebabkan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan.
“Namun, kita bersyukur dapat bersama pada tahun ini dalam meraih pahala berbuka puasa dan melaksanakan ibadat tarawih bersama-sama,” katanya, ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa ADFIM 2021, semalam.
Hadir sama Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Jamali Mohd Adnan; Naib Pengerusi 2 ADFIM, Mohd Hilaluddin Abd Shukor; dan Ahli Majlis ADFIM, Azizi Mustafa.
Dalam pada itu, 53 anak-anak yatim daripada Sekolah Islam Al-Farabi dan Masjid Nurul Amin turut menerima sumbangan duit raya berserta cenderamata.
Program berkenaan telah mendapat tajaan daripada lapan Institusi Kewangan Pembangunan iaitu SME Bank, Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Rakyat, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), Perbadanan Nasional Berhad (PNS) Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF), Credit Guarantee Corporation (CGC) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).
Share:
More Posts
Highlight: Malaysia 3Q GDP grows 5% yoy, above expectations
… in the third-quarter gross domestic product (GDP). The forecasts ranged from 3.6 to 5.3%. Bank Negara Malaysia’s governer Tan Sri Dr Zeti Akhtar …
Mobilization of Private Finance by Multilateral Development Banks and Development
The Association of Development Finance Institutions of Malaysia (ADFIM) was established on January 12, 1981 [registered number: 2904 (Selangor) …
TD Bank Takes an Initial Provision Related to BSA/AML Matters – The Malaysian Reserve
The Bank’s regulatory and law enforcement discussions with three U.S. regulators (including the regulator referenced in the paragraph above) and the …
GFIEF TO HELP MALAYSIA REGAIN POSITIONING AS TOP INNOVATOR IN ISLAMIC FINANCE
GFIEF, Johan Mahmood Merican, Islamic finance, Economy, BNM, SC.