Dato’ Syed Abdul Aziz Syed Hassan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat
- June 18, 2021
- ADFIM
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) hari ini mengumumkan pelantikan Dato’ Syed Abdul Aziz Syed Hassan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat berkuat kuasa pada 18 Jun 2021.
Menterinya, Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pelantikan itu dibuat berikutan prestasi baik yang ditunjukkan oleh Dato’ Syed Abdul Aziz ketika menggalas tugas sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat sejak 14 November tahun lalu.
Antara pencapaian beliau semasa dalam tempoh tersebut adalah memastikan prestasi kewangan Bank mencatatkan keuntungan memberangsangkan dengan keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM1.44 bilion dan pembayaran dividen sebanyak 13% kepada anggota bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 walaupun situasi ekonomi berhadapan dengan kemelut pandemik COVID-19.
Kredibiliti beliau juga dapat dilihat semasa Dato’ Syed Abdul Aziz dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Rakyat Holdings Sdn. Bhd., anak Syarikat Bank Rakyat. Antara kejayaan beliau adalah menyiapkan pembangunan Menara Kembar Bank Rakyat dengan kos yang terkawal yang kini merupakan mercu tanda pejabat korporat Bank Rakyat di Jalan Rakyat.
“Pelantikan ini juga bertepatan dengan pengalaman luas yang dimiliki beliau dalam pengurusan korporat untuk bersama-sama mentadbir dan mengukuhkan urus tadbir korporat Bank Rakyat, di samping memastikan kesinambungan, bagi membolehkan Bank berkenaan melaksanakan pelan strategik Bank Rakyat 2025 (BR25) tanpa menjejaskan operasinya,” tambah Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi.
Dato’ Syed Abdul Aziz merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Ohio University, Amerika Syarikat dan pernah mengikuti Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School.
Semasa perkhidmatannya di Bank Rakyat, beliau pernah memegang beberapa jawatan kanan termasuk, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi; Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat serta ahli Majlis Eksekutif Bank Rakyat.
Sebelum itu, beliau telah berkhidmat di beberapa syarikat pembinaan dan hartanah, iaitu PECD Bhd dan Island & Peninsular Bhd (I&P). Selama 13 tahun berkhidmat di I&P, beliau terlibat dalam pengurusan pelbagai sektor di syarikat berkenaan, termasuk pengumpulan kredit, pengurusan fasiliti serta penjualan dan pemasaran kumpulan. – SM
Share:
More Posts
Islamic Development Bank Group Holds Annual Meetings, Golden Jubilee in Saudi Arabia
The Islamic Development Bank Group (IsDB) is currently holding its 2024 Annual Meetings and Golden Jubilee in Riyadh, Kingdom of Saudi Arabia. Google Alert – development financial institutions
FBN Holdings share price gains N1.85, as investors renew interest
… bank and the broader financial sector. Mr Boniface Okezie, National … Development Finance Institution, African Development Bank, in 2011. At … Google Alert – development financial institutions
Islamic Development Bank Group holding Annual Meetings and Golden Jubilee in Riyadh (PHOTO)
As the premier South-South multilateral development Bank, the 2024 IsDB Group Annual Meetings and Golden Jubilee are expected to attract international … Google Alert – development financial institutions
UNDP Resident Rep advocates for new inclusive economic paradigm to address global challenges
The Islamic Development Bank Group (IsDB) is holding its 2024 Annual … institutions, Islamic banks, private sector companies, national and … Google Alert – development financial institutions