WASPADA SELALU, ELAK TERTIPU

WASPADA SELALU, ELAK TERTIPU

KUALA LUMPUR, 19 April 2020: Berikutan perkembangan wabak Covid-19 dan lanjutan tempoh Kawalan Pergerakan serta kemudahan dan bantuan yang ditawarkan oleh Kerajaan dan Ahli-Ahli ADFIM, ADFIM menyarankan agar semua pihak berwaspada terhadap golongan yang menyamar dan mengambil kesempatan.

 

Orang ramai diingatkan agar berhati-hati ketika berurusan berkenaan kewangan. Beberapa taktik penipuan baru telah dikenalpasti yang memanfaatkan isu COVID-19 bagi kepentingan individu tidak bertanggungjawab. Ini termasuk menawarkan pinjaman melalui telefon, whatsapp atau e-mel dengan berpura-pura menjadi wakil bank. Atau pun, menawarkan perkhidmatan “orang tengah” bagi memohon pinjaman atau bantuan dari institusi kewangan dan kerajaan.

 

ADFIM mengingatkan orang ramai agar mengamalkan amalan 3T:

 

  1. TAC jangan dikongsi. Orang ramai perlu ingat bahawa pegawai bank tidak akan meminta maklumat perbankan peribadi seperti nombor TAC dan PIN atau kata laluan perbankan dalam talian. Jangan berkongsi maklumat ini dengan sesiapa pun.
  2. TIADA pihak ketiga. PKS dinasihatkan untuk memohon bantuan pembiayaan terus dari institusi ahli kami atau melalui platform ImSME (www.imsme.com.my). TIADA pihak ketiga yang terlibat untuk anda mengemukakan permohonan pembiayaan anda.
  3. TELEFON pihak institusi kewangan. Jika anda menerima mesej atau panggilan dari orang yang anda tidak tahu mengaku dari mana-mana bank, adalah mustahak untuk mengesahkan pengirim pesanan pemasaran yang anda terima kerana mereka mungkin menyamar pegawai bank dengan bank anggota. Hubungi Bank anda dengan menggunakan nombor telefon bank yang tertera di laman web rasmi institusi kewangan atau adfim.com.my atau menghubungi BNMTELELINK di 1-300-88-5465 untuk maklumat lebih lanjut

 

ADFIM ingin menegaskan bahawa institusi kewangan yang menjadi Ahli ADFIM mengambil langkah sepenuhnya bagi membanteras kes-kes penipuan. Orang ramai juga diminta untuk sama-sama membantu dengan melaporkan taktik penipuan ini kepada pihak polis dan juga institusi kewangan tersebut.

 

 

HOTLINE AHLI ADFIM SEMPENA WABAK COVID-19

NO.INSTITUTIONSINSTITUTION’S
HOTLINE/CUSTOMER CARE
1Agrobank1300-88-2476
2Bank Rakyat1300-80-5454
3Bank Pembangunan Malaysia Berhad03-2611 3888.
4Bank Simpanan Nasional1300-88-1900
5SME Bank03-2603 7700
6Malaysian Industrial Development Finance (MIDF)1300-88-6433 / [email protected]
7Sabah Development Bank Berhad088-232177 / [email protected]
8Sabah Credit Corporation088-323888 atau [email protected]
9Development Bank of Sarawak Berhad082-551999 / [email protected]
10Borneo Development Corporation (Sabah) Berhad088-238816 / [email protected]
11Borneo Development Corporation (Sarawak) Berhad082-452 958 / https://www.satriabdc.com.my
12Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)03-21726000 / [email protected]
13Majlis Amanah Rakyat03-2613 5086/03-2613 5087/03-2613
5082/03-2613 2243/03-2613 2247/03-2613 2000
14Perbadanan Usahawan Nasional (PUNB)[email protected]
15Perbadanan Nasional Berhad (PNS)[email protected]
16Johor Corporation (JCORP)07–2192692 / [email protected]
17Credit Guarantee Corporation (CGC)03-7880 0088 / [email protected]

Pelanggan-pelanggan ahli ADFIM dinasihatkan untuk menghubungi cawangan yang berhampiran untuk mengetahui dengan lebih lanjut sebarang kemudahan yang ditawarkan oleh organisasi tersebut.

 

Mengenai ADFIM

 

ADFIM ditubuhkan pada 12 Januari 1981 dengan hanya 10 ahli dan sekarang telah bertambah kepada 17 organisasi dengan mandat untuk meningkatkan pengetahuan, kepakaran dan keberkesanan dalam semua aspek pembiayaan pembangunan dan penyelidikan dalam kalangan ahli-ahlinya. ADFIM juga bermatlamat untuk menggalakkan pengukuhan struktur institusi dan amalan yang baik dalam perniagaan dan profesion pembiayaan pembangunan dan penyelidikan dalam kalangan ahli-ahli anggota.

 

Ahli-ahli ADFIM terbahagi kepada 2 kluster utama:

 

1.     Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) yang terdiri daripada 5 bank dibawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan (DFIA 2002) iaitu Agrobank, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat and SME Bank.

 

Tujuh IKP lain adalah di bawah pengawasan dari pelbagai kementerian dan agensi kerajaan iaitu Borneo Development Corporation (Sabah dan Sarawak), Credit Guarantee Corporation, Malaysian Industrial Development Finance, Sabah Development Bank Berhad, Sabah Credit Corporation dan Development Bank of Sarawak Berhad.

 

2.     Organisasi Pembangunan Keusahawanan yang terdiri daripada Amanah Ikhtiar Malaysia, Johor Corporation, Perbadanan Nasional Berhad, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Majlis Amanah Rakyat dan Malaysian Technology Development Corporation.

Dikeluarkan oleh:Sila hubungi:
SekretariatIr. Haji Mohd Prasad Hanif Setiausaha Agung
03-26949871 / [email protected]
Persatuan Institusi-institusi Pembangunan
Kewangan Malaysia (ADFIM)
Muhamad Badri Othman Sekretariat ADFIM
03-26949871 / 016-2239404 / [email protected]

Share:

More Posts

Subscribe

Stay Up to Date with Our Latest News

Fill in the form below to join our newsletter!