USAHAWAN PERLU BERSEDIA PASCA MORATORIUM

KUALA LUMPUR: Usahawan yang mengambil skim pembiayaan daripada institusi kewangan atau bank perlu menyemak...
ADFIM

ADFIM

USAHAWAN PERLU BERSEDIA PASCA MORATORIUM

KUALA LUMPUR: Usahawan yang mengambil skim pembiayaan daripada institusi kewangan atau bank perlu menyemak...

KUALA LUMPUR: Usahawan yang mengambil skim pembiayaan daripada institusi kewangan atau bank perlu menyemak segera keupayaan aliran tunai serta kebersediaan dari segi kewangan untuk membayar semula pembiayaan masing-masing menjelang tamatnya tempoh moratorium pada September depan.

 

Setiausaha Agung Persatuan Institusi-Institusi Pembangunan Kewangan Malaysia (ADFIM), Encik Mohd Prasad Hanif berkata, bagi menjamin keupayaan kewangan mereka, usahawan terlibat juga perlu memperkemaskan semula model perniagaan masing-masing supaya selari dengan perubahan drastik kepada normal baharu yang dicetuskan oleh penularan COVID-19.

 

Beliau menegaskan, kegagalan usahawan bersedia dari awal, akan mendedahkan perniagaan kepada pelbagai risiko disebabkan jualan masih belum meningkat sepenuhnya manakala  aliran tunai menyusut kerana pembayaran semula pembiayaan.

 

“Dalam keadaan ini, usahawan tidak sempat mendapatkan pembiayaan sewajarnya. Selain itu, kuasa pembeli pasca COVID -19 juga masih dalam proses adaptasi kepada normal baharu dan usahawan kemungkinan  tidak sempat mengubah suai model perniagaan untuk mengikuti trend tersebut,” katanya.

 

Encik Mohd Prasad turut menyarankan usahawan supaya mendapatkan khidmat nasihat perniagaan dengan menghubungi Bahagian Pembangunan Usahawan di bawah agensi atau institusi yang menganggotai ADFIM.

 

“Mereka boleh menghubungi Center for Entrepreneur Development and Research (CEDAR), Technopreneur Training Academy (TENTRA), Bahagian Pembangunan Usahawan MARA, Institut Francais (Perbadanan Nasional Berhad), Agrobank Center for Excellence (ACE) ataupun mana-mana bahagian pembangunan usahawan dibawah Ahli-Ahli ADFIM yang membariskan perunding serta  mentor yang berkelayakan dan berpengalaman.”

 

“Usahawan tidak perlu teragak-agak untuk mendapatkan khidmat nasihat mereka kerana ahli-ahli ADFIM akan terus komited memberikan perkhidmatan bantuan dan sokongan kepada mereka,” katanya.

 

Untuk itu, beliau menasihatkan usahawan terlibat menghubungi cawangan agensi atau institusi kewangan yang berhampiran untuk mengetahui lebih lanjut sebarang kemudahan seperti khidmat nasihat kewangan, penjadualan semula pembiayaan ataupun penstrukturan semula pembiayaan yang ditawarkan oleh institusi tersebut.

 

Beliau berkata, kejayaan mereka diukur berdasarkan peningkatan jualan dan pendapatan, jumlah pekerja, hasil eksport dan adaptasi penggunaan teknologi.

 

“Secara keseluruhannya, SME Bank telah berjaya membantu hampir 2000 orang usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di seluruh negara melalui program Upward Migration ini.

 

“Dari segi kewangan, 10 buah syarikat ini telah mendapat pembiayaan bernilai RM24.5 juta manakala untuk negeri Johor secara keseluruhannya, SME Bank mencatatkan kelulusan pembiayaan bernilai RM209 juta kepada 197 orang usahawan PKS melalui dua cawangannya pada tahun 2020,” katanya.

HOTLINE AHLI ADFIM SEMPENA PENULARAN WABAK COVID-19

NO.INSTITUSIHOTLINE/KHIDMAT PELANGGAN
1Agrobank1300-88-2476
2Bank Rakyat1300-80-5454
3Bank Pembangunan Malaysia Berhad03-2611 3888.
4Bank Simpanan Nasional1300-88-1900
5SME Bank03-2603 7700
6Malaysian Industrial Development Finance (MIDF)1300-88-6433 atau [email protected]
7Sabah Development Bank Berhad088-232177 atau
[email protected]
8Sabah Credit Corporation088-323888 atau [email protected]
9Development Bank of Sarawak Berhad082-551999 atau
[email protected]
10Borneo Development Corporation (Sabah) Berhad088-238816 atau
[email protected]
11Borneo Development Corporation (Sarawak) Berhad082-452 958 atau
https://www.satriabdc.com.my
12Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)03-21726000 atau [email protected]
13Majlis Amanah Rakyat03-2613 5086/03-2613 5087/03-2613 5082/03-2613 2243/03-2613 2247/03-2613 2000
14Perbadanan Usahawan Nasional (PUNB)[email protected]
15Perbadanan Nasional Berhad (PNS)[email protected]
16Johor Corporation (JCORP)07–2192692 atau
[email protected]
17Credit Guarantee Corporation (CGC)03-7880 0088 atau
[email protected]

Mengenai ADFIM

 

ADFIM ditubuhkan pada 12 Januari 1981 dengan hanya 10 ahli dan sekarang bertambah kepada 17 organisasi dengan mandat untuk meningkatkan pengetahuan, kepakaran dan keberkesanan dalam semua aspek pembiayaan pembangunan dan penyelidikan dalam kalangan ahli-ahlinya. ADFIM juga bermatlamat untuk menggalakkan pengukuhan struktur institusi dan amalan yang baik dalam perniagaan dan profesion pembiayaan pembangunan dan penyelidikan dalam kalangan ahli-ahli anggota.

Ahli-ahli ADFIM terbahagi kepada dua kluster utama:

1.      Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) yang terdiri daripada 5 bank dibawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan (DFIA 2002) iaitu Agrobank, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat and SME Bank.

 

Tujuh IKP lain adalah di bawah pengawasan dari pelbagai kementerian dan agensi kerajaan iaitu Borneo Development Corporation (Sabah dan Sarawak), Credit Guarantee Corporation, Malaysian Industrial Development Finance, Sabah Development Bank Berhad, Sabah Credit Corporation dan Development Bank of Sarawak Berhad.

2.      Organisasi Pembangunan Keusahawanan yang terdiri daripada Amanah Ikhtiar Malaysia, Johor Corporation, Perbadanan Nasional Berhad, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Majlis Amanah Rakyat dan Malaysian Technology Development Corporation.

Dikeluarkan oleh:

Sekretariat

 

Persatuan Institusi-institusi Pembangunan Kewangan Malaysia (ADFIM)

 

Level 10, Menara SME Bank,

Jalan Sultan Ismail

50774 Kuala Lumpur

 

Tel: 03-26949871

Fax: 03-26941673

Sila hubungi:

Ir. Haji Mohd Prasad Hanif

Setiausaha Agung

Tel: 03- 26949871

Email: [email protected]

 

Muhamad Badri Othman

Sekretariat ADFIM

Tel: 03-26949871

Telefon Bimbit: 016-2239404

Email: [email protected]

Share:

On Key

Related Posts

Stay Up to Date with Our Latest News

Fill in the form below to join our newsletter!