ADFIM
Usahawan Perlu Bersedia Hadapi Pasca Moratorium – ADFIM
KUALA LUMPUR: Usahawan yang mengambil skim pembiayaan daripada institusi kewangan atau bank perlu menyemak segera keupayaan aliran tunai serta kebersediaan dari segi kewangan untuk membayar semula pembiayaan masing-masing menjelang tamatnya tempoh moratorium pada September ini.
Setiausaha Agung Persatuan Institusi-Institusi Pembangunan Kewangan Malaysia (ADFIM), Mohd Prasad Hanif, berkata bagi menjamin keupayaan kewangan mereka, usahawan terbabit juga perlu memperkemaskan semula model perniagaan masing-masing supaya selari dengan perubahan drastik kepada normal baharu yang dicetuskan oleh penularan COVID-19.
Beliau menegaskan, kegagalan usahawan bersedia dari awal, akan mendedahkan perniagaan kepada pelbagai risiko disebabkan jualan masih belum meningkat sepenuhnya manakala aliran tunai menyusut kerana pembayaran semula pembiayaan.
“Dalam keadaan ini, usahawan tidak sempat mendapatkan pembiayaan sewajarnya. Selain itu, kuasa pembeli pasca COVID -19 juga masih dalam proses adaptasi kepada normal baharu dan usahawan kemungkinan tidak sempat mengubah suai model perniagaan untuk mengikuti trend berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Prasad turut menyarankan usahawan supaya mendapatkan khidmat nasihat perniagaan dengan menghubungi Bahagian Pembangunan Usahawan di bawah agensi atau institusi yang menganggotai ADFIM.
“Mereka boleh menghubungi Center for Entrepreneur Development and Research (CEDAR), Technopreneur Training Academy (TENTRA), Bahagian Pembangunan Usahawan MARA, Institut Francais (Perbadanan Nasional Berhad), Agrobank Center for Excellence (ACE) ataupun mana-mana bahagian pembangunan usahawan di bawah Ahli-Ahli ADFIM yang membariskan perunding serta mentor yang berkelayakan dan berpengalaman.
“Usahawan tidak perlu teragak-agak untuk mendapatkan khidmat nasihat mereka kerana ahli ADFIM akan terus komited memberikan perkhidmatan bantuan dan sokongan kepada mereka,” katanya.
Justeru, beliau menasihatkan usahawan menghubungi cawangan agensi atau institusi kewangan yang berhampiran untuk mengetahui lebih lanjut sebarang kemudahan seperti khidmat nasihat kewangan, penjadualan semula pembiayaan ataupun penstrukturan semula pembiayaan yang ditawarkan oleh institusi berkenaan.
Setiausaha Agung Persatuan Institusi-institusi Pembangunan Kewangan Malaysia (ADFIM), Mohd. Prasad Hanif berkata, bagi menjamin keupayaan kewangan mereka, usahawan terlibat juga perlu memperkemaskan semula model perniagaan masing-masing supaya selari dengan perubahan drastik terhadap normal baharu yang dicetuskan oleh penularan wabak COVID-19.
Beliau menegaskan, kegagalan usahawan bersedia dari awal akan mendedahkan perniagaan mereka terhadap pelbagai risiko disebabkan jualan masih belum meningkat sepenuhnya, manakala aliran tunai menyusut kerana pembayaran semula pembiayaan.
“Dalam keadaan ini, usahawan tidak sempat mendapatkan pembiayaan sewajarnya. Selain itu, kuasa pembeli pasca COVID -19 juga masih dalam proses adaptasi terhadap normal baharu dan usahawan kemungkinan tidak sempat mengubah suai model perniagaan untuk mengikuti trend tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Justeru, Mohd. Prasad menyarankan usahawan supaya mendapatkan khidmat nasihat dengan menghubungi Bahagian Pembangunan Usahawan di bawah agensi atau institusi yang menganggotai ADFIM.
Mereka boleh menghubungi Center for Entrepreneur Development and Research (CEDAR), Technopreneur Training Academy (TENTRA), Bahagian Pembangunan Usahawan MARA, Institut Francais (Perbadanan Nasional Berhad), Agrobank Center for Excellence (ACE) ataupun bahagian pembangunan usahawan di bawah ahli ADFIM yang membariskan perunding serta mentor berkelayakan dan berpengalaman, katanya. – VOICE
Share:
Related Posts
PUNB sasar 15 syarikat sertai Program Petronas AutoExpert | BH Online
KUALA LUMPUR: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) menyasarkan 15 syarikat Rakan Usahawan PUNB dalam bidang automotif untuk menyertai Program Petronas AutoExpert pada tahun ini. Dalam
🌟🤝 Connection and Collaboration!🤝🌟
🌟🤝 Connection and Collaboration!🤝🌟 Yesterday, an exciting luncheon took place! Our very own Secretary General, Mohd Prasad Hanif, and the ADFIM Secretariate had the honour
DFI Green Finance Forum 2023 Speech by Encik Jay Khairil, Chief Executive BSN
Yang Berbahagia Encik Suhaimi Ali Assistant Governor Bank Negara Malaysia, Yang Berusaha Encik Mohd Prasad Hanif Secretary General of ADFIM,Respected Bank Negara Malaysia officials, Distinguished