PELAJAR TAJAAN MARA DI LUAR NEGARA TIDAK DIGALAKKAN PULANG KE TANAH AIR
- March 28, 2020
- ADFIM

Berikutan banyak pertanyaan daripada ibu bapa mengenai keadaan pelajar tajaan MARA di luar negara,
pihak MARA mengarahkan buat masa ini, bagi negara-negara yang tidak menyarankan pelajar asing untuk pulang ke negara masing-masing, MARA meminta supaya pelajar terus kekal di negara pengajian mereka.
Setakat ini tiada keperluan untuk membawa mereka pulang, kecuali kes-kes di negara tertentu seperti di Itali dan Iran di mana pihak kerajaan telah mengambil keputusan untuk menggerakkan pelan evakuasi bagi membawa pulang semua warga negara Malaysia untuk pulang ke tanah air. Pertimbangan ini dibuat selepas menilai risiko semasa pergerakan dan penerbangan serta menilai isu-isu logistik berkaitan secara mendalam.
Pada masa ini, di negara-negara lain tiada lagi rakyat dan pelajar Malaysia yang diarahkan pulang. Justeru, para pelajar adalah dinasihatkan untuk terus berada di negara di mana mereka sedang belajar sehingga MARA mendapat arahan selanjutnya daripada pihak kerajaan untuk membawa mereka pulang.
Para pelajar diminta untuk kekal berada di kediaman/asrama dan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh pihak kolej/universiti, pihak berkuasa tempatan dan Kedutaan Malaysia sepanjang tempoh sekatan pergerakan atau lockdown berkuatkuasa di negara berkenaan.
MARA akan memastikan kebajikan pelajar terjamin dan Pegawai MARA di luar negara serta Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA agar sentiasa berhubung dengan pelajar, memantau dan membantu mereka.
MARA menasihatkan pelajar supaya sentiasa bertenang dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan amalan kesihatan yang baik. Pelajar dimohon untuk saling bantu-membantu antara satu sama lain khususnya rakan-rakan yang berada dalam kawasan/lokaliti yang sama.
Pelajar diingatkan juga agar sentiasa berhubung dengan ibu bapa dan ahli keluarga di Malaysia serta memaklumkan kepada pihak MARA dan pejabat kedutaan berhampiran tentang keadaan semasa mereka di sana.
Sumber:https://ewarta.mara.gov.my/2020/03/28/pelajar-tajaan-mara-di-luar-negara-tidak-digalakkan-pulang-ke-tanah-air/#more-1047
Share:
More Posts
Malaysia will not experience economic downturn despite global uncertainties – MoF
Deputy Finance Minister II Steven Sim Chee Keong said the technical definition of an economic recession is when a country experiences two consecutive …
Finance Ministry to redraft ‘wang ehsan’ policy – The Malaysian Insight
THE Ministry of Finance (MOF) is redrafting the policy and scope of “wang ehsan” or goodwill payments to the Kelantan and Terengganu state …
Finance Ministry: No plan to use ‘debt monetisation’ to increase revenue – New Straits Times
Foreign Ministry: 401 Malaysian job scam victims rescued … MoF also said that the financing strategy implemented includes focusing on domestic …
Finance Ministry: Govt rules out debt monetisation to increase revenue – The Sun Daily
… intention to use debt monetisation financing strategy as one of the ways to increase government revenue, said the Ministry of Finance (MoF).