ADFIM
SME Bank Tawar Moratorium Bersasar
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berucap pada Majlis Pertukaran MoA antara SME Corp Malaysia dan Axiata Digital Capital Sdn.Bhd. di Dewan Mahkota, SME Corp Malaysia, Kuala Lumpur. foto ISKANDAR HAMIDI 28 SEPTEMBER 2020.
KUALA LUMPUR – SME Bank tawar lanjutan moratorium dan bantuan bersasar kepada hampir semua pelanggannya yang layak menerusi Program Kemudahan PKS (SRP) seperti yang diumumkan pada bulan Ogos lalu.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, program SRP ini melibatkan 3,090 orang pelanggan dengan jumlah pembiayaan melebihi RM4.8 bilion.
Inisiatif SME Bank yang menyasarkan pelanggan-pelanggan di dalam lima sektor PKS dan yang bersaiz mikro dan kecil adalah seiring dengan Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi seperti yang diumumkan oleh MEDAC.
“Lima sektor PKS yang disasarkan dalam program SRP ini ialah pelancongan, pendidikan, pengangkutan awam, kesihatan dan stesen minyak. Dengan adanya bantuan-bantuan seperti SRP ini, kita dapat mencapai kestabilan ekosistem keusahawanan, memulihkan operasi perniagaan dalam tempoh segera serta memastikan PKS kekal berdaya saing dan mampan setelah dilanda krisis Covid-19,” katanya.
Program SRP yang dirangka mengambil kira keperluan dan keteguhan aliran tunai perniagaan setiap pelanggan, yang secara amnya menawarkan lanjutan tempoh pembiayaan sedia ada selama 12 bulan.
Dari jumlah keseluruhan pelanggan yang layak, 66% menerima pakej lanjutan moratorium sehingga 12 bulan dan 15% menerima pakej bayaran kadar keuntungan selama enam bulan.
Bantuan SRP ini akan bermula setelah tempoh moratorium automatik Bank Negara Malaysia berakhir pada 30 September 2020. – MalaysiaGazette
Share:
Related Posts
SME Bank Tawar Moratorium Bersasar
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berucap pada Majlis Pertukaran MoA antara SME Corp Malaysia dan Axiata Digital Capital