SME BANK Bantu 3,000 Usahawan PKS Pasca Moratorium

ADFIM

ADFIM

SME BANK Bantu 3,000 Usahawan PKS Pasca Moratorium

SME Bank telah mengambil langkah menyeluruh untuk membantu kesemua pelanggannya apabila tempoh moratorium tamat pada 30 September 2020 dengan memperkenalkan Program Kemudahan PKS (SRP).

 

Program SRP ini menyasarkan sektor perniagaan seperti pelancongan, pengangkutan, pendidikan dan kesihatan yang terjejas secara langsung dan tidak langsung akibat pandemik COVID-19.

 

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, program tersebut akan memberi manfaat kepada 3,000 orang pelanggan SME Bank dengan jumlah pembiayaan bernilai lebih RM1.8 bilion.

 

“Pada masa yang sama usahawan PKS yang lain juga digalakkan berbincang dengan penyedia pembiayaan masing-masing untuk mendapatkan bantuan pasca moratorium ini,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Sementara itu, Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, semua pelanggan SME Bank sedia ada layak untuk memohon bantuan yang ditawarkan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

 

“Dua bentuk bantuan ditawarkan, iaitu Program ‘Indulgence’ merujuk kepada penangguhan ke atas bayaran prinsipal dan bayaran kadar keuntungan pembiayaan dan yang kedua ialah program bayaran untuk kadar keuntungan sahaja.

 

“Kami akan mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh pembiayaan bagi pelanggan yang layak, bagi membolehkan mereka menguruskan aliran tunai dengan lebih berkesan dan merancang semula pelan perniagaan dengan lebih baik semasa tempoh pemulihan daripada Covid-19,” ujarnya.

 

Pelanggan SME Bank yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Program Kemudahan PKS ini boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank di 03-2603 7700 atau hubungi Pengurus Perhubungan cawangan mereka untuk keterangan lanjut.

 

-NIAGATIMES

 

Sumber:

https://www.niagatimes.com/sme-bank-bantu-3000-usahawan-pks-pasca-moratorium/

Share:

On Key

Related Posts

Stay Up to Date with Our Latest News

Fill in the form below to join our newsletter!