SME Bank Bantu 3000 Usahawan PKS Pasca Moratorium

ADFIM

ADFIM

SME Bank Bantu 3000 Usahawan PKS Pasca Moratorium

KUALA LUMPUR: 7 Ogos 2020– SME Bank telah mengambil langkah menyeluruh untuk membantu kesemua pelanggannya apabila tempoh moratorium tamat pada 30 September 2020 dengan memperkenalkan Program Kemudahan PKS (SME Relief Program (SRP)). Program SRP ini menyasarkan sektor perniagaan seperti pelancongan, pengangkutan, pendidikan dan kesihatan yang terjejas secara langsung dan tidak langsung akibat pandemik COVID-19.

 

YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) berkata, “Program SRP ini akan memberi manfaat kepada 3000 orang pelanggan SME Bank dengan jumlah pembiayaan bernilai lebih RM1.8 bilion. Pada masa yang sama usahawan PKS yang lain juga digalakkan berbincang dengan penyedia pembiayaan masing-masing untuk mendapatkan bantuan pasca moratorium ini.”

 

 

YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi menambah, “Sejak awal pandemik ini bermula, SME Bank secara proaktif telah memainkan peranan dalam membantu sektor PKS yang terjejas melalui penangguhan bayaran pembiayaan dan bayaran sewa bagi Kompleks Premis Usahawannya. SME Bank juga turut diberi mandat untuk mengagihkan dua dana melalui PENJANA iaitu Skim SME Go dan Dana Transformasi Teknologi PKS (STTF) di samping pelbagai dana lain yang diumumkan Kerajaan melalui PRIHATIN seperti Kemudahan Bantuan Khas (SRF), Agromakanan, Kemudahan Automasi dan Digital (ADF), Kemudahan Semua Sektor Ekonomi (AES).”

 

Aria Putera Ismail, Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank berkata, “Melihat kepada impak pandemik Covid-19 dan seiring dengan usaha SME Bank dalam memastikan kelangsungan perniagaan usahawan PKS, semua pelanggan SME Bank sedia ada layak untuk memohon bantuan yang ditawarkan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan. Dua bentuk bantuan ditawarkan, iaitu Program “Indulgence” merujuk kepada penangguhan ke atas bayaran prinsipal dan bayaran kadar keuntungan pembiayaan dan yang kedua ialah program bayaran untuk kadar keuntungan sahaja.”

 

Aria menambah, “Kami akan mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh pembiayaan bagi pelanggan yang layak, bagi membolehkan mereka menguruskan aliran tunai dengan lebih berkesan dan merancang semula pelan perniagaan dengan lebih baik semasa tempoh pemulihan daripada COVID-19.”

 

Pelanggan SME Bank yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Program Kemudahan PKS ini boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank di 03 – 2603 7700 atau hubungi Pengurus Perhubungan cawangan mereka untuk keterangan lanjut.

 

Sumber:

https://www.smebank.com.my/ms/news-release-2020/1179-post-mora

Share:

On Key

Related Posts

Stay Up to Date with Our Latest News

Fill in the form below to join our newsletter!