Semak Imbang Dalam Berpersatuan
- March 2, 2021
- ADFIM

Semak Imbang dalam Berpersatuan
Menyertai kesatuan perniagaan, samada dalam bentuk dewan perniagaan atau persatuan, adalah satu kemestian kepada para usahawan dan peniaga. Melalui kesatuan-kesatuan ini, nasib dan masa depan usahawan dapat disuarakan dan polisi dapat dibentuk secara kolektif.
Namun, para usahawan harus peka terhadap matlamat dan tujuan persatuan atau dewan tersebut, kerana acapkali, matlamat dan objektif persatuan tenggelam dalam arus zaman dan persatuan tersebut menjadi pentas bagi segelintir oportunis. Hasilnya, kita lihat persatuan-persatuan yang menjadi cop mohor kepada polisi kerajaan dan jarang sekali mewakili suara majoriti ahli.
Selalu juga saya dijemput ke perbincangan dan sesi dialog dengan pelbagai persatuan, tetapi perbincangan tersebut hanya menjurus kepada mempermudahkan urusan perniagaan segelintir pemegang jawatan.
Semak dan imbang dalam berpersatuan amat penting. Sebagaimana kita mengharapkan ahli politik mendeklarasi harta dan projek mereka atas dasar ketelusan, maka prinsip yang sama perlu kita tegakkan di dalam berpersatuan. Setiap ahli jawatankuasa seharusnya mengumumkan kepentingan mereka sebelum dan sepanjang memegang jawatan di dalm persatuan tersebut.
Deklarasi seperti yang dilaksanakan oleh “Malaysian Association of Professional Speakers – MAPS” adalah sesuatu yang boleh dicontohi:
https://www.facebook.com/1632058293684397/posts/3065438857012993/?d=n
Selain itu, ahli jawatankuasa yang mempunyai kepentingan di dalam dialog atau sesi perbincangan dengan agensi atau pembuat polisi seharusnya mengecualikan diri sendiri. Sebaiknya, persatuan tersebut diwakili ahli yang mahir tetapi tidak ada kepentingan ke sesi perbincangan tersebut.
Sebagai contoh, sekiranya ahli jawatankuasa tersebut mempunyai kepentingan dan projek dari agensi yang mengumumkan polisi baru, sukar bagi ahli jawatankuasa tersebut bersikap telus dan mewakili pendapat majoriti yang bertentangan dengan polisi tersebut.
Perkara ketiga adalah matlamat dan visi individu pemegang jawatan. Kebiasaannya, yang bertanding dan memegang jawatan dalam persatuan adalah pemilik atau ketua pegawai eksekutif syarikat mereka sendiri. Sebagai ahli, kita harus memastikan bahawa mereka mempunyai perancangan, visi dan matlamat khusus bagi persatuan. Jangan diukur kebolehan memimpin dan ketelusan dari saiz syarikat atau pangkat di pangkal nama.
Perkara seperti ini seharusnya menjadi standard atau piawaian bagi ketelusan persatuan. Bukan kita serahkan kepada pemegang jawatan berstatus untuk membuat keputusan, tetapi kita sebagai ahli biasa berhak menuntut proses semak imbang ini.
Rintihan bahawa projek, penganugerahan dan maklumat tersangkut diperingkat atas sudah berdekad. Suara usahawan dan ahli persatuan yang asyik tidak dengari boleh diatasi. Sekiranya kita benar-benar inginkan perubahan, bermulalah dengan menekankan ketelusan dan semak imbang dalam persatuan yang kita anggotai.
Share:
More Posts
Govt to ensure inflation rate remains low, manageable, says Annuar – The Malaysian Insight
The Malaysian Insight file pic, June 30, 2022. … “Several agencies will be included such as BNM (Bank Negara Malaysia), the police and a group …
SME Banks’ assets grow to RM11.4bil, gross financing at RM8bil in 2021
“Under the Bank Negara Malaysia’s Targeted Relief & Recovery Facility (TRRF) initiative, the bank approved RM150 million financing to affected …
Azam: BNM, MACC, finance sector must cooperate to fight graft, scams – Malaysiakini
Bank Negara Malaysia (BNM) must continue to cooperate with the MACC and the financial sector to coordinate efforts in combating corruption and …
BNM, MACC & financial sector must continue to cooperate to combat corruption, financial scams
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) must continue to cooperate with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and the financial sector …