PUNB Lanjut Moratorium Sehingga Akhir Tahun

ADFIM

ADFIM

PUNB Lanjut Moratorium Sehingga Akhir Tahun

SHAH ALAM: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) melanjutkan penangguhan pembayaran pembiayaan perniagaan rakan usahawannya untuk tiga bulan lagi sehingga akhir Disember ini.

 

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar, berkata penangguhan itu membabitkan semua 1,963 rakan usahawan PUNB yang dibuat secara automatik.

 

“PUNB bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan pembayaran perniagaan ke atas prinsipal dan keuntungan untuk tempoh tiga bulan lagi bermula 1 Oktober ini hingg 31 Disember 2020.

 

“Ini bermakna, jumlah keseluruhan anggaran penangguhan pembayaran pembiayaan yang diperkenalkan PUNB bermula 1 April lalu sehingga akhir tahun ini adalah sebanyak RM155 juta.

 

“Semua 1,963 rakan usahawan kita yang menerima moratorium bagi tempoh April hingga September ini secara automatik menerima lanjutan tambahan tiga bulan ini,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke premis perniagaan Rakan Usahawan PUNB, Petronas Auto Expert@Autohaus KL di sini, hari ini.

 

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Autohaus KL, Muhammad Eezam Masripan.

 

Mengulas mengenai pembiayaan Bumiputera Relief Financing (BRF), Noh berkata, setakat 25 September lalu, sebanyak 3,000 permohonan telah diterima oleh PUNB.

 

“Namun, hanya 515 permohonan yang diproses manakala selebihnya ditolak kerana permohonan yang diberikan adalah tidak lengkap.

 

“Daripada jumlah itu, kami telah meluluskan 87 permohonan membabitkan pembiayaan RM31.09 juta dan selebihnya ada yang ditolak kerana tidak layak dan ada yang masih sedang diproses,” katanya.

 

PUNB memperkenalkan BRF yang menawarkan pembiayaan di antara RM100,000 hingga RM1 juta khusus untuk membantu perniagaan Bumiputera yang terjejas akibat pandemik COVId-19 bagi meneruskan operasi perniagaan.

 

Pembiayaan itu memperuntukkan dana sebanyak RM200 juta dan perniagaan yang terkesan boleh mengemukakan permohonan sehingga akhir tahun ini.

Share:

On Key

Related Posts

PUNB Lanjut Moratorium Sehingga Akhir Tahun

SHAH ALAM: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) melanjutkan penangguhan pembayaran pembiayaan perniagaan rakan usahawannya untuk tiga bulan lagi sehingga akhir Disember ini. Pengerusinya, Tan Sri

Stay Up to Date with Our Latest News

Fill in the form below to join our newsletter!