NOTA KEWANGAN ISLAM JANGKA SEDERHANA JAMINAN KERAJAAN (IMTN) TERBITAN SME BANK DIBIDA LEBIH 4.5 KALI GANDA

ADFIM

ADFIM

NOTA KEWANGAN ISLAM JANGKA SEDERHANA JAMINAN KERAJAAN (IMTN) TERBITAN SME BANK DIBIDA LEBIH 4.5 KALI GANDA

KUALA LUMPUR: 21 April 2020 – Para pelabur di dalam negara menunjukkan keyakinan yang tinggi terhadap prestasi kewangan, kehadiran di dalam pasaran dan peranan penting yang dimainkan oleh SME Bank dalam membimbing dan membangunkan usahawan PKS apabila Nota Kewangan Islam Jangka Sederhana dengan Jaminan Kerajaan (IMTN) terbitannya telah dibida lebih 4.5 kali ganda atau RM2.2 billion daripada jumlah terbitan sebenar berjumlah RM500 juta pada 16 April 2020.

 

Aria Putera Ismail, Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank berkata, “Penerbitan sukuk bernilai RM500 juta ini telah menarik minat para pemain institusi kewangan dan syarikat pengurusan dana/aset. Walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dengan turun naik pasaran kewangan yang tinggi, rundingan ini telah berjaya ditutup dengan harga 23 mata asas bagi tempoh lima tahun dan 20 mata asas bagi tempoh tujuh tahun. IMTN tersebut juga telah diletakkan dengan harga akhir yang kompetitif di antara 3.02 peratus hingga 3.30 peratus.”

 

SME Bank, sebuah agensi di bawah seliaan Kemeterian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah bertindak dengan cepat terhadap situasi semasa dengan melaksanakan beberapa inisiatif , seiring dengan langkah kerajaan dalam Pelan Rangsangan Ekonomi bagi membantu menyokong kelangsungan sektor PKS sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini sehingga berakhirnya krisis COVID-19 di dalam negara.”

Antara inisiatif yang telah dijalankan oleh SME Bank termasuk penangguhan secara automatik pembayaran pembiayaan serta bayaran sewa lot kilang di Kompleks Premis Usahawan SME Bank. Selain kemudahan penangguhan ini, SME Bank turut menawarkan beberapa pakej pembiayaan di bawah dana Bank Negara Malaysia seperti  Kemudahan Bantuan Khas (SRF), 

Kemudahan Automasi dan Digital (ADF) , Kemudahan Agromakanan (AF) dan Kemudahan Semua Sektor Ekonomi (AES). Usaha ini adalah untuk memastikan PKS dapat menguruskan aliran tunai mereka dengan lebih baik dan bersedia sepenuhnya menghadapi cabaran ketika krisis COVID-19 berakhir.

 

Anak syarikat SME Bank, Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn. Bhd. (CEDAR) turut bergerak aktif dalam berkongsi tips dan informasi secara atas talian bagi membantu dan membimbing usahawan untuk menilai kembali model perniagaan sedia ada dan membuat pembaharuan agar prestasi perniagaan dapat dikekalkan terutama sewaktu berhadapan dengan krisis. Program latihan keusahawanan juga masih diteruskan melalui pelbagai platform atas talian dan media sosial. Semenjak ditubuhkan pada tahun 2013 dan sehingga hari ini, CEDAR telah melatih lebih 43,000 usahawan dalam pelbagai bidang keusahawanan.

 

Sejak penubuhannya pada tahun 2005 dan sehingga 31 Disember 2019, SME Bank telah meluluskan pembiayaan bernilai lebih RM32 billion kepada le

 

Dua inisiatif digital telah dilancarkan di bawah Platform Digital PKS Kebangsaan iaitu ScoreXcess dan ODELA. ScorXcess adalah sebuah portal yang memproses permohonan pembiayaan mikro dan menjalankan proses pra-kelulusan sebelum permohonan tersebut diberi kepada agensi kewangan yang terlibat. Semenjak dilancarkan pada 30 September 2019 dan sehingga 1 April 2020, ScoreXcess telah menerima sebanyak 851 permohonan dan pembiayaan bernilai RM12.5 juta telah diagihkan kepada agensi kewangan untuk diproses.

 

Inisiatif kedua di bawah platform ini ialah ODELA, sebuah platform e-dagang yang dilancarkan pada 3 Disember 2020. ODELA memudahkan transaksi perniagaan ke perniagaan (B2B) agar menjadi lebih sistematik dan berinformasi. SME Bank mensasarkan sebanyak RM9.8 billion transaksi akan dilakukan melalui ODELA di dalam jangka masa lima tahun dan setakat bulan Mac 2020, ia telah merekodkan transaksi B2B bernilai RM355,000. usahawan PKS. SME Bank telah dipilih oleh kerajaan untuk menerajui Platform Digital PKS Kebangsaan yang juga merupakan sebahagian daripada inisiatif Pelan Pecutan 2 Tahun SME Bank.

 

Sumber: https://www.smebank.com.my/ms/news-release-2020/1101-imtn-smebank

Share:

On Key

Related Posts

Stay Up to Date with Our Latest News

Fill in the form below to join our newsletter!