MORATORIUM PINJAMAN : BANK RAKYAT MAHU RAKYAT ISI E-BORANG
- May 3, 2020
- ADFIM

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat komited memastikan kelancaran penyediaan kemudahan moratorium pembiayaan kepada pelanggannya selama enam bulan bermula 1 April 2020 yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia pada 25 Mac lalu.
Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Rosman Mohamed, berkata bermula 2 Mei 2020, Bank Rakyat telah memaklumkan kepada pelanggannya mengenai kaedah untuk menerima tawaran moratorium pembiayaan berkenaan.
“Pelanggan hanya perlu memberi maklum balas melalui ‘e-borang’ yang disediakan di laman sesawang Bank Rakyat atau melalui capaian https://mora.bankrakyat.com.my yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
“Mereka dikehendaki menghantar ‘e-borang’ yang telah diisikan sebelum atau pada 29 Mei 2020. Pelanggan yang tidak memberikan maklum balas dalam tempoh yang telah diberikan akan dikira sebagai tidak meneruskan moratorium,” katanya dalam satu kenyataan.
Rosman berkata, bagi pelanggan yang memilih untuk meneruskan moratorium, penstrukturan semula pembiayaan dengan kadar keuntungan asal dan lanjutan tempoh moratorium akan dilaksanakan.
Sementara, pelanggan yang memilih untuk tidak meneruskan kemudahan moratorium itu, mereka perlu menjelaskan ansuran bulanan seperti biasa bermula pada Jun 2020, katanya.
“Mereka juga akan diberi tempoh masa untuk menjelaskan ansuran bulanan yang tidak dibayar sebelum ini semasa tempoh moratorium tanpa sebarang caj lewat bayar.
“Menerusi pengumuman ini adalah diharapkan pelanggan Bank Rakyat yang terdiri daripada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), mikro dan koperasi termasuk golongan B40 dapat menjalani tempoh yang mencabar ini secara positif serta yakin bahawa Bank Rakyat sentiasa prihatin dengan isu membabitkan keperluan pelanggannya di seluruh negara,” katanya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.bankrakyat.com.my atau ikuti media sosial rasmi Bank Rakyat.
Sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/05/684801/moratorium-pinjaman-bank-rakyat-mahu-pelanggan-isi-e-borang
Share:
More Posts
US monetary tightening key driver of ringgit fall: World Bank – New Straits Times
Sanghi also noted that Malaysia’s investment to gross domestic product ratio had been consistently coming down since the Asian financial crisis from a …
World Bank cuts Malaysia’s 2023 GDP growth forecast to 3.9%
He said Bank Negara Malaysia had also flagged plant maintenance in the mining sector as a temporary factor that affected second quarter growth …
Over 14,000 People to Attend IMF, World Bank Annual Meetings in Marrakech
… development concerns, and financing policies in a scenario of recession … meetings will be held as scheduled despite the September 8 earthquake is … Google Alert – development financial institutions
Addressing rising online scams through international collaboration | The Star – ADFIM
… Financial Crime Centre (NFCC), police, Bank Negara Malaysia (BNM), Malaysian … The Association of Development Finance Institutions of Malaysia (ADFIM) …