LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA PERKHIDMATAN AWAM SARAWAK

ADFIM

ADFIM

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA PERKHIDMATAN AWAM SARAWAK

 KUALA LUMPUR: Diatas kejayaan Persidangan Kebangsaan Integriti dan Tadbir Urus ADFIM 2022 (ADFIM National Conference on Integrity and Governance 2022) yang telah diadakan tahun lalu, ADFIM telah berjaya menonjolkan usaha jitu dalam kalangan ahli bagi menelusuri integriti dan tadbir urus dalam urusan pentadbiran organisasi mereka. 

Bertitik tolak dari sambutan yang diterima, Perkhidmatan Awam Sarawak begitu teruja untuk mengambil inisiatif berkesan bagi membuat lawatan sambil belajar di salah sebuah organisasi di bawah keahlian ADFIM dengan tujuan untuk mengenalpasti dan mempelajari perihal berkenaan kepimpinan integriti, usaha anti rasuah dan anti rasuah. 

Usaha ini diambut baik SME Bank bagi menjadi tuan rumah kepada lawatan ini. ADFIM percaya SME Bank akan menjadi pilihan terbaik delegasi memandangkan reputasi yang mantap menerusi amalan perniagaan yang beretika dan berintegriti dalam organisasi. ADFIM yakin SME Bank adalah sebuah institusi kewangan terkemuka di Malaysia yang mampu memberikan gambaran menyeluruh mengenai kepimpinan integriti, langkah-langkah dan usaha anti-rasuah dan anti rasuah. 

Delegasi terdiri daripada 26 perwakilan setiap kumpulan, dengan kumpulan pertama tiba pada 28 Mac 2023 (2 petang – 5 petang ) dan kumpulan kedua tiba 30 Mac 2023 (2 petang- 5 petang) 

Setiausaha Agung Persatuan Institusi-Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM), Mohd Prasad Hanif turut berbesar hati akan memberi taklimat khas kepada jemputan delegasi berkenaan integriti dan urusan tadbir urus ini di Sheraton Hotel Kuala Lumpur pada 28 Mac 2023 pada jam 9 pagi. 

Sebagai sebuah persatuan yang menggabungkan agensi-agensi yang memfokuskan kepada amalan baik dalam perniagaan yang beretika dan berintegriti, ADFIM berhasrat untuk meningkatkan lagi peranannya dengan memberi nilai tambah yang lebih berkesan kepada ahli-ahlinya sekaligus dapat membangunkan sektor lain yang sama-sama mementingkan integriti dalam kelestarian organisasi mereka. 

-Tamat- 

Mengenai ADFIM

ADFIM ditubuhkan pada 12 Januari 1981 dengan hanya 10 ahli dan sekarang bertambah kepada 17 organisasi dengan mandat untuk meningkatkan pengetahuan, kepakaran dan keberkesanan dalam semua aspek pembiayaan pembangunan dan penyelidikan dalam kalangan ahli-ahlinya. ADFIM juga bermatlamat untuk menggalakkan pengukuhan struktur institusi dan amalan yang baik dalam perniagaan dan profesion pembiayaan pembangunan dan penyelidikan dalam kalangan ahli-ahli anggota.

Ahli-ahli ADFIM terbahagi kepada dua kluster utama:

  1. Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) yang terdiri daripada 5 bank dibawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan (DFIA 2002) iaitu Agrobank, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat and SME Bank.

Tujuh IKP lain adalah di bawah pengawasan dari pelbagai kementerian dan agensi kerajaan iaitu Borneo Development Corporation (Sabah dan Sarawak), Credit Guarantee Corporation, Malaysian Industrial Development Finance, Sabah Development Bank Berhad, Sabah Credit Corporation dan Development Bank of Sarawak Berhad.

  1. Organisasi Pembangunan Keusahawanan yang terdiri daripada Johor Corporation, Perbadanan Nasional Berhad, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Majlis Amanah Rakyat dan Malaysian Technology Development Corporation.

Dikeluarkan oleh:

Sekretariat

Persatuan Institusi-institusi Pembangunan Kewangan Malaysia (ADFIM)

Level 10, Menara SME Bank

Jalan Sultan Ismail

50774 Kuala Lumpur

Tel: 03-26949871

Fax: 03-26941673

Sila hubungi:

Ir. Haji Mohd Prasad Hanif

Setiausaha Agung

Tel: 03-26949871                                                           

Email: [email protected]

Teh Syuhaida Sharip

Pengurus Perhubungan Awam ADFIM

Tel: 03-26949871                                                          

Email:  [email protected]

Share:

Related Posts

Stay Up to Date with Our Latest News

Fill in the form below to join our newsletter!