KERAJAAN WARISAN SUMBANG RM500K BANTUAN MAKANAN UNTUK PELAJAR UMS
- April 2, 2020
- ADFIM

Kerajaan Sabah pimpinan Warisan hari ini memberi sumbangan kepada Universiti Malaysia Sabah sebanyak RM500 ribu untuk tujuan bantuan makanan kepada para pelajar yang terkadas dan terjejas akibat wabak Covid-19.

YB Datuk Dr Hj Yusoff Bin Hj Yacob, Menteri Pelajaran & Inovasi Sabah yang juga Ketua Penerangan Parti Warisan mewakili Ketua Menteri pada majlis penyerahan tersebut.
Naib Canselor Ums, Datuk Dr Yap Yun Hin menerima sumbangan tersebut. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Sabah. Dalam ucapannya beliau komited bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam pelbagai bidang.

Dalam majlis yang sama, agensi Kerajaan Negeri Sabah Credit Corporation juga telah berbesar hati menyumbangkan RM100 ribu kepada UMS bagi tujuan yang sama. Sumbangan tersebut diserahkan oleh Ybhg Datuk John Khoo, Pengerusi Sabah Credit Corporation.
Dalam kenyataan beliau di sidang media, YB Datuk Hj Yusof Bin Hj Yacob mahu para pelajar yang yang terkandas ini mematuhi arahan PKP yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa dan akan memastikan kebajikan para pelajar Sabah yang terjejas samada di Negeri Sabah, Sarawak mahupun Semenanjung Malaysia terjaga sebaiknya.
Seramai 6236 pelajar UMS akan menerima bantuan ini yang terdiri daripada 3016 pelajar induk di Kampus Utama Kota Kinabalu, 1155 pelajar di Kampus Antarabangsa Labuan, 223 pelajar di Kampus Sandakan dan 1842 pelajar Non-Resident(NR) yang menyewa di sekitar Kota Kinabalu.
Share:
More Posts
Fi Life Joined BNM Sandbox to Rollout Women-Focused Insurance – Fintech News Malaysia
Now that the firm has received the approval to participate in Bank Negara Malaysia’s regulatory sandbox, Fi Life is able to rollout its own …
Scam sees Johor housewife lose over RM34,000 from her bank account without her knowing
Following this, Lai made a police report and subsequently filed a complaint to Bank Negara. According to her, the bank denied responsibility of …
Malaysia’s residential overhang improves in 3Q2022 | EdgeProp.my
KUALA LUMPUR (Feb 8): Malaysia’s overall residential overhang … we are waiting to see the 4Q2022 report by Bank Negara [Malaysia],” she said.
The great transition – The Malaysian Insight
AFTER extraordinary and unsustainable growth in 2022, Malaysia will slow down in … The pause in the OPR by Bank Negara is also consistent with a …