
ADFIM
Karnival Sukan ADFIM 2022 Cungkil Bakat Atlet Dalam Kalangan Ahli



KAJANG–Persatuan Institusi-Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) dengan jalinan usahasama ahli-ahlinya telah berjaya mengadakan Karnival Sukan ADFIM 2022 dengan gilang-gemilang di Stadium INSPENS Kajang.
Karnival Sukan ini dikendalikan sekretariat ADFIM diketuai Setiausaha Agung, Encik Mohd Prasad Hanif dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Sukan ADFIM. Perancangan dan persediaan telah dibuat seawal 3 bulan lalu dan pelbagai idea dan kepakaran dikongsi bagi menjayakan Karnival Sukan ADFIM 2022 ini.
Sebanyak tujuh kontinjen telah menyertai karnival kali ini terdiri daripada pasukan MARA, Agrobank, Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Permodalan Nasional Berhad (Pernas), Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Manakala tujuh acara dipertandingkan adalah seperti bola jaring, bola tampar, futsal, badminton, pingpong, dart dan karom.
Menariknya Karnival Sukan ADFIM kali ini, satu kategori istimewa turut dipertandingkan iaitu perbarisan terbaik dan pemenang dipilih berdasarkan keceriaan, keseragaman, kerjasama dan pakaian. Untuk kategori ini Bank Simpanan Nasional tampil juara dengan kehadiran maskot kucing yang menjadi simbolik keceriaan kontinjen mereka.
Senarai pemenang bagi tujuh kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

Bank Simpanan Nasional sekali lagi muncul juara keseluruhan apabila berjaya merangkul empat pingat emas dan dua perak manakala MARA muncul naib juara dengan berjaya membawa pulang tiga pingat emas, dua perak dan dua gangsa.
-Tamat-
Mengenai ADFIM
ADFIM ditubuhkan pada 12 Januari 1981 dengan hanya 10 ahli dan sekarang bertambah kepada 17 organisasi dengan mandat untuk meningkatkan pengetahuan, kepakaran dan keberkesanan dalam semua aspek pembiayaan pembangunan dan penyelidikan dalam kalangan ahli-ahlinya. ADFIM juga bermatlamat untuk menggalakkan pengukuhan struktur institusi dan amalan yang baik dalam perniagaan dan profesion pembiayaan pembangunan dan penyelidikan dalam kalangan ahli-ahli anggota.
Ahli-ahli ADFIM terbahagi kepada dua kluster utama:
- Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) yang terdiri daripada 5 bank dibawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan (DFIA 2002) iaitu Agrobank, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat and SME Bank.
Tujuh IKP lain adalah di bawah pengawasan dari pelbagai kementerian dan agensi kerajaan iaitu Borneo Development Corporation (Sabah dan Sarawak), Credit Guarantee Corporation, Malaysian Industrial Development Finance, Sabah Development Bank Berhad, Sabah Credit Corporation dan Development Bank of Sarawak Berhad.
- Organisasi Pembangunan Keusahawanan yang terdiri daripada Johor Corporation, Perbadanan Nasional Berhad, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Majlis Amanah Rakyat dan Malaysian Technology Development Corporation.
Dikeluarkan oleh:
Sekretariat
Persatuan Institusi-institusi Pembangunan Kewangan Malaysia (ADFIM)
Level 10, Menara SME Bank
Jalan Sultan Ismail
50774 Kuala Lumpur
Tel: 03-26949871
Fax: 03-26941673
Sila hubungi:
Ir. Haji Mohd Prasad Hanif
Setiausaha Agung
Tel: 03-26949871
Email: [email protected]
Teh Syuhaida Sharip
Pengurus Perhubungan Awam ADFIM
Tel: 03-26949871
Telefon Bimbit: 012-2055707
Email: [email protected]
Share:
Related Posts

Karnival Sukan ADFIM 2022 Cungkil Bakat Atlet Dalam Kalangan Ahli
KAJANG–Persatuan Institusi-Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) dengan jalinan usahasama ahli-ahlinya telah berjaya mengadakan Karnival Sukan ADFIM 2022 dengan gilang-gemilang di Stadium INSPENS Kajang. Karnival Sukan