
ADFIM
Bantuan Khas RM500,000 Bantuan Banjir Oleh Bank Rakyat

Tahniah Bank Rakyat diatas keprihatinan membantu bangsa banjir yang terjejas di seluruh negara. Ini adalah antara usaha Bank Rakyat membantu Dan menjaga hal kebajikan masyarakat.
https://www.bharian.com.my/…/bank-rakyat-peruntukkan…
KUALA LUMPUR: Bank Rakyat memperuntukkan bantuan khas berjumlah RM500,000 bagi meringankan beban mangsa terjejas akibat banjir di beberapa negeri di seluruh negara.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata bantuan itu memberi manfaat kepada individu dan perniagaan di sekitar kawasan yang terjejas termasuk Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Selangor dan Johor.
“Keperluan asas disalurkan adalah makanan dan minuman, ubat-ubatan serta barangan keperluan harian seperti selimut dan lampin pakai buang.
“Bantuan ini akan diagihkan menerusi pejabat wilayah dan cawangan Bank Rakyat khususnya di sekitar kawasan terjejas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Inisiatif ini adalah salah satu usaha Bank Rakyat sebagai bank prihatin dalam menjaga hal kebajikan masyarakat di samping memenuhi keperluan dan keselesaan mangsa banjir yang kehilangan tempat tinggal dan memerlukan barangan keperluan asas.
“Bank Rakyat sentiasa komited melaksanakan usaha memulangkan semula keuntungan bank yang diperoleh khususnya kepada golongan asnaf dan B40.
Share:
Related Posts

Bantuan Khas RM500,000 Bantuan Banjir Oleh Bank Rakyat
Tahniah Bank Rakyat diatas keprihatinan membantu bangsa banjir yang terjejas di seluruh negara. Ini adalah antara usaha Bank Rakyat membantu Dan menjaga hal kebajikan masyarakat.