BANK RAKYAT SUMBANG 10,000 BAJU HUJAN KEPADA POLIS KL

ADFIM

ADFIM

BANK RAKYAT SUMBANG 10,000 BAJU HUJAN KEPADA POLIS KL

BANK Rakyat menyumbangkan sebanyak 10,000 helai baju hujan pakai buang kepada Polis Kontinjen Kuala Lumpur khusus untuk kegunaan anggotanya semasa bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumbangan itu disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar kepada Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim semasa majlis penyerahan yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada petang ini.

Penyerahan tersebut turut disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Rosman Mohamed.

Menurut Rosman, sumbangan ini adalah sejajar dengan komitmen Bank Rakyat dalam menghargai pengorbanan dan penat lelah kesemua pegawai dan anggota polis yang terlibat dengan Ops COVID-19 sepanjang tempoh PKP ini.

“Kami berharap agar sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu pegawai dan anggota polis yang bertugas agar sentiasa bersiap siaga memantau pergerakan rakyat di seluruh daerah hingga tempoh PKP ini ditamatkan,” katanya.

“Alhamdulillah sumbangan ini adalah berkat hasil daripada Tabung Kutipan Sumbangan kepada Petugas Barisan Hadapan COVID-19 yang dilancarkan oleh Bank Rakyat dengan kerjasama Surau Al-Barakah baru-baru ini,” ujar Rosman

Sebelum ini Bank Rakyat telah memberi bantuan kepada lima buah hospital di seluruh negara bagi tujuan pembelian makanan dan keperluan asas untuk meringankan bebanan petugas yang berkhidmat dalam menangani penularan wabak Covid-19.

Inisiatif tanggung jawab sosial korporat (CSR) tersebut telah dibuat sejak 20 Mac 2020 yang lalu menerusi sumbangan kepada Hospital Umum Sarawak, Sarawak.

Bank juga telah menyerahkan sumbangan kepada Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur pada 23 Mac 2020 dan Hospital Sultanah Aminah, Johor pada 24 Mac 2020. Dua hospital lain yang turut menerima sumbangan adalah Hospital Sungai Buloh, Selangor dan Hospital Queen Elizabeth 1, Sabah.

Sumber: https://suaramerdeka.com.my/bank-rakyat-sumbang-10000-baju-hujan-kepada-polis-kl/

Share:

On Key

Related Posts

Stay Up to Date with Our Latest News

Fill in the form below to join our newsletter!