BANK RAKYAT KOMITED KEKAL DIVIDEN KOMPETITIF
- April 1, 2020
- ADFIM

KUALA LUMPUR: Prestasi kewangan Bank Rakyat dijangka terjejas bagi tahun kewangan 2020 disebabkan penularan COVID-19 dan pemberian moratorium selama enam bulan ke atas pembayaran ansuran bulanan.
Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Rosman Mohamed, bank juga dijangka tidak dapat mengekalkan prestasi pembayaran dividennya pada tahun ini berbanding beberapa tahun sebelum ini.
Bagaimanapun, tegasnya, Bank Rakyat tetap menggandakan usaha dan menjalankan pelbagai inisiatif bagi memastikan pembayaran dividen bagi 2020 tetap kompetitif.
“Tidak dapat dinafikan prestasi kewangan kumpulan pada 2020 akan terjejas disebabkan penularan COVID-19, selain moratorium selama enam bulan yang mewakili separuh pertama kewangan.
“Namun, secara jujurnya, kami mungkin tidak akan dapat memberikan pulangan dividen sehingga 14 peratus seperti pada 2019 atau 13 peratus pada 2018. Lebih rendah, namun tetap pada kadar terbaik.
“Bank Rakyat selama ini menjalankan operasi dengan sangat baik, mencatatkan peningkatan pulangan dividen tinggi setiap tahun. Komitmen itu akan dikekalkan oleh kami,” katanya.
Beliau sebelum itu menyampaikan sumbangan pek makanan kepada petugas media NSTP di Balai Berita, semalam.
Bank Rakyat mengedarkan 1,000 pek makanan tengah hari dan malam kepada petugas media yang menjadi sebahagian petugas barisan hadapan negara menghadapi penularan COVID-19.
Ditanya kemungkinan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan lagi kadar dasar semalaman (OPR) jika keadaan ekonomi semakin buruk, Rosman berkata, ia sesuatu yang berasas.
“Kemungkinan besar (penurunan OPR) akan berlaku. Ia bagus untuk pelanggan, namun akan menjejaskan keuntungan bank.
“Kadar OPR itu bergantung kepada keadaan ekonomi semasa. Itu dasar kerajaan dan BNM. Mereka akan lihat secara keseluruhan sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.
Rosman berkata, secara keseluruhannya, pertumbuhan ekonomi dunia dijangka merosot dan Malaysia juga tidak terkecuali dalam berhadapan dengan perkara itu.
Namun, tegasnya yang penting ketika ini adalah bagaimana keadaan itu dapat dipulihkan serta lantunan kembali ekonomi di peringkat domestik dan global.
Justeru, beliau berkata semua pihak harus bersatu dan memberikan sokongan bagi memastikan ekonomi negara dapat terus kukuh dan pulih kembali.
“2020 akan menjadi tahun yang penuh dengan cabaran kerana kita berhadapan dengan situasi baharu yang selama ini tidak pernah kita hadapi.
“Kita akan melihat impaknya selepas enam bulan jika wabak ini dapat ditamatkan. Namun, momentum perniagaan untuk meningkat semula akan memakan masa.
“Tahun ini dijangka sangat mencabar dan ini akan berpanjangan kepada 2021, di mana situasi baru hendak pulih dan akan menjadikan 2021 turut akan menjadi tahun yang sukar,” katanya.
Sumber:https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/node/671672/amp
Share:
More Posts
Here’s a Snapshot of the Newly Released BNM Annual Report for 2022
Bank Negara Malaysia (BNM) released its Annual Report 2022 yesterday to … and Association of Development Finance Institutions Malaysia (ADFIM).
Federal govt debt could be fully settled in 2053: MoF – The Star
… if no new loans were to be taken to finance the deficit and to refinance maturing debts from 2024 onwards, said the Finance Ministry (MoF).
Cryptocurrency Outlook Picks Up Amid Bank Crisis; The Markets Lifting Bitcoin Price Might …
Then Silicon Valley Bank hit the skids, and financial markets were thrown … encouraging developments for the cryptocurrency outlook, Groth says. Google Alert – development financial institutions
‘Rich countries need to fund multilateral banks’ – Times of India
India Business News: Jeffrey Sachs, the director of the Center for Sustainable Development at Columbia University, is in Kerala for the meeting of … Google Alert – development financial institutions