loading

ALL EVENTS

KEMPEN KAD KREDIT-I MEGA BONANZA 

_

18 DISEMBER 2020

LANGKAH proaktif untuk seluruh pelanggan Bank Rakyat diambil agar dapat menikmati Kad Kredit-I Mega Bonanza yang turut menawarkan hadiah berjumlah lebih RM300,000.

Menerusi Kempen Kad Kredit-I Mega Bonanza yang bermula hari ini sehingga 31 Mac 2021 nanti, para pelanggan berpeluang memenangi tiga kereta jenis Proton X50, lima motosikal jenis Yamaha LC135 serta pulangan tunai yang nilai keseluruhannya berjumlah RM10,000.

Hanya 50 pemenang bertuah dapat menikmati hadiah-hadiah yang ditawarkan.

Menurut kenyataan Bank Rakyat hari ini, mereka yang ingin menyertai kempen ini khususnya pelanggan Kad Kredit-I baharu, anda hanya perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM1,000 sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.

“Bagi pemegang Kad Kredit-I sedia ada pula, mereka perlu melakukan transaksi pembelian minimum sebanyak RM500 sahaja.

“Setiap transaksi terpilih bagi pembelian ini akan diberikan satu penyertaan, berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan,” memetik kenyataan tersebut.

 

Sementara itu, khas untuk pelanggan Kad Kredit-I baharu dan sedia ada yang bekerja di sektor-sektor Kerajaan, kategori pelanggan ini layak untuk menerima dua peneyrtaan dalam cabutan hadiah kempen.

Setelah kempen berakhir, pemenang yang terpilih akan dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau melalui panggilan telefon.

“Kempen ini disasarkan memberi manfaat kepada lebih 400,000 pelanggan sedia ada Kad Kredit-I Bank Rakyat, sejajar dengan usaha institusi perbankan ini untuk memberi penghargaan kepada pelanggan setia kami,” katanya.

Antara keistimewaan Kad Kredit-I Baml Rakyat, tiada yuran tahunan, tiada kadar tambahan bagi transaksi luar negara dan pulangan 5% tunai bagi semua tempahan penerbangan dan hotel yang dilakukan dengan menggunakan Kad Kredit-I Platinum Explorer. – SM

_

BANK PEMBANGUNAN MALAYSIA BERHAD (BPMB) MENJALIN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA AGENSI-AGENSI PEMBIAYAAN KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI) 

_

17 DISEMBER 2020

KUALA LUMPUR: Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) menjalin kerjasama strategik bersama agensi-agensi pembiayaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu Kumpulan Modal Perdana (KMP) dan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC).

Kerjasama strategik itu bagi membantu proses pemulihan ekonomi dengan mendorong dan meningkatkan penerapan penggunaan teknologi untuk menyelesaikan jurang sektor melalui penggunaan teknologi dan automasi canggih.

BPMB berkata, kerjasama itu merangkumi sokongan dana untuk mendorong inisiatif digitalisasi melalui dana BPMB sendiri dan juga melalui Skim Transformasi Pendigitalan Industri (IDTS).

Sementara itu, sokongan teknologi daripada agensi-agensi pembiayaan MOSTI akan digunakan untuk menerajui inisiatif Industri 4.0 dalam usaha meningkatkan sumbangan sektor-sektor yang terlibat dengan teknologi berimpak tinggi kepada ekonomi nasional.

Majlis pertukaran memorandum persefahaman bersama KMP dan MTDC telah diadakan baru-baru ini di ibu pejabat MOSTI di Putrajaya.

Majlis tersebut telah disaksikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dan dihadiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Arshad Mohamed Ismail.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Datuk Norhalim Yunus dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif & Ketua Pegawai Kewangan KMP, Yarham Yunus.

Mengulas kerjasama tersebut, Arshad berkata, ia akan dapat menyediakan akses pembiayaan yang bakal memberi manfaat kepada segmen pasaran yang lebih luas.

“Pada masa yang sama, kolaborasi ini juga diharap dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan melalui pemboleh digital untuk mengangkat keperluan digitalisasi dan automasi perniagaan yang kian pesat berkembang.

“Kami berharap agar usaha kerjasama strategik ini dapat membuahkan hasil dan kami berhasrat untuk memanfaatkan kekuatan dan kepakaran kolektif semua pihak dalam usaha menzahirkan simbiosis yang sempurna demi menjaga kepentingan untuk memperjuang inisiatif Industri 4.0 Malaysia,” katanya.

Yarham pula berkata, inisiatif IDTS itu adalah selaras dengan wawasan kerajaan untuk mewujudkan negara berpendapatan tinggi.

“Kami percaya dengan memanfaatkan pengetahuan dan pengalaman KMP dalam aplikasi teknologi sektor elektrik & elektronik, kita akan dapat mencapai sasaran ini,” katanya.

Seemntara itu, Norhalim berkata, melalui kolaborasi itu, MTDC akan membantu mempercepatkan penerapan industri teknologi yang berkaitan dengan Industri 4.0.

Katanya, penerapan Industri 4.0 sangat penting untuk meningkatkan sumbangan sektor pembuatan dan perniagaan lain yang berkaitan dengan teknologi kepada ekonomi negara.

“MTDC akan memudahkan pelaksanaan IDTS dengan pendanaan P2P (IDTS-P2P) oleh BPMB dan akan memberikan nasihat teknikal mengenai sektor teknologi dan hal-hal lain yang berkaitan dengan BPMB,” katanya. – UTUSAN

_

2020 TENTRA FESTIVAL

_

14 DISEMBER 2020

Ahli ADFIM, MTDC melalui TENTRA akan menganjurkan Festival TENTRA bermula 14 – 17 Disember 2020.

14 pakar berbagai bidang bisnes, SocMed, Motivasi, Pemasaran, Content dan Rekacipta, Peruncitan dan berbagai lagi ada di platform TENTRA Maya dibawakan khas untuk anda.

Daftar di www.bit.ly/tentralearnfest

(Tidak perlu bayar apa-apa. Hanya bawa hati dan minda dengan keazaman untuk tuntut ilmu baru)

Bersedialah untuk 2021 yang menjanjikan pengembaraan dan cabaran baru, pastinya!

Semuanya online, tidak perlu risau!

_

SUMBANGAN BERNILAI RM50,000 KEPADA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN) 

_

12 DISEMBER 2020

Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank), melalui program tanggungjawab korporatnya (CSR) sekali lagi tampil untuk membantu petugas barisan hadapan dengan menyalurkan sumbangan bernilai RM50,000 kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

Majlis ringkas penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, yang mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, kepada Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik), Datuk Khairul Shahril Idrus dan dihadiri oleh Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail.

Mas Ermieyati berkata, “Saya bangga dengan usaha yang dijalankan oleh SME Bank dalam membantu barisan hadapan di sepanjang pandemik Covid-19 ini.

“Sumbangan ini akan meringankan beban Kerajaan selain menyahut seruan agar semua agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berganding bahu untuk menghadapi tempoh yang sukar ini.”

Beliau menambah, “Sebagai sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) yang prihatin dan bertanggungjawab, sumbangan yang diberikan adalah dalam bentuk pek makanan kepada petugas barisan hadapan yang bertugas semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di hospital-hospital kerajaan terpilih di seluruh negara dan juga agensi-agensi di bawah MKN.”

Aria Putra pula berkata, “Program Tanggungjawab Korporat ini akan dilaksanakan serentak di 26 cawagan SME Bank di seluruh negara dan ini adalah kali pertama kami lakukan dengan cara begini.

Ia dijangka diadakan pada 16 Disember ini.”

Tambah Aria, “Kami terpanggil untuk memberikan sumbangan ini kerana melihat kegigihan petugas barisan hadapan kita yang berkorban masa dan tenaga demi menyelamatkan nyawa kita semua.

“Perjuangan menentang Covid-19 ini adalah tanggungjawab bersama. Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan SME Bank dalam membantu pihak Kerajaan menangani isu pandemik Covid-19.”

Selain sumbangan kepada MKN ini, sejak bermula pandemik COVID-19, SME Bank juga memberikan sumbangan korporat dan zakat berjumlah lebih RM300,000 kepada beberapa agensi seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan hospital-hospital terpilih di seluruh negara pada bulan April yang lalu.

Sumbangan-sumbangan ini telah digunakan untuk pembelian peralatan peribadi (PPE) untuk para petugas barisan hadapan dan peralatan bagi merawat pesakit Covid-19.

Selain bantuan kepada barisan hadapan, SME Bank turut mengadakan program pembangunan usahawan untuk membolehkan usahawan mikro dan kecil meneruskan kelangsungan perniagaan mereka.

Antara program-program CSR yang sedang dilaksanakan ialah Program Penjana Komuniti@SMEBank yang melibatkan 20 usahawan mikro B40 terpilih yang bertujuan untuk merangsang kegiatan ekonomi mereka yang terjejas akibat penularan COVID-19.

Program latihan berbentuk ‘hands-on’ ini adalah untuk meningkatkan kemahiran usahawan menjalankan perniagaan atas talian bagi membolehkan mereka untuk menjual produk atau servis serta dapat menguruskan perniagaan secara sistematik.

Program Penjana Komuniti@SMEBank ini akan diteruskan di seluruh negara pada tahun hadapan.

_

NASIB INDUSTRI PELANCONGAN

_

3 DISEMBER 2020

*BUAL BICARA SEMASA*

Bagaimana *survival industri pelancongan?*
Apa ada dalam *belanjawan untuk industri pelancongan?*
Saya dalam industri pelancongan, adakah *saya akan hilang pekerjaan tahun depan?*
Adakah ini masa terbaik untuk *memulakan bisnes dalam industri pelancongan?*
Masa-masa begini, *patutkah saya melancong?* Kalau saya melancong, apa tips untuk menjaga diri?

Ini dan pelbagai lagi persoalan akan kita rungkai dan bincang dalam Forum:

*Nasib Industri Pelancongan*
Tarikh: *Khamis, 3hb Disember 2020*
Waktu: *9 Malam*
Lokasi: Siaran secara langsung di FB Live ADFIM
Panelis:
1. *Mohamad Khirul Anuar Bin Abu Hasan*, Head Central Region, Development Finance Division, MIDF
2. *Ifa Raziah*, Artis/ Celebpreneur
3. *Faeez Fadhlillah*, Naib Presiden MATTA

_

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) 

_

1 DISEMBER 2020

KUALA LUMPUR: TM ONE, unit penyelesaian perniagaan dan sektor awam Telekom Malaysia Bhd (TM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank) bagi menawarkan pembiayaan teknologi kepada pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi Dana Transformasi Teknologi PKS (STTF).

Dalam satu kenyataan bersama, TM ONE dan SME Bank berkata, STTF ialah dana yang telah diwujudkan oleh SME Bank dan Kementerian Kewangan bagi menawarkan bantuan kewangan sehingga RM3 juta kepada PKS tempatan.

Ia adalah sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi kerajaan iaitu Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

STTF boleh digunakan untuk membiayai pembelian penyelesaian dan perkhidmatan IT, perkhidmatan sokongan teknologi, perkakasan dan perisian komputer, peralatan dan/atau mesin serta aset tidak ketara yang lain, untuk meningkatkan produktiviti daNaib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif TM ONE, Ahmad Taufek Omar, berkata matlamat kedua-dua syarikat adalah untuk membantu PKS dalam mendepani cabaran dan pelbagai masalah perniagaan yang mereka hadapi ketika ini dengan penyelesaian digital yang ada.

Sementara itu, Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SME Bank, Aria Putera Ismail, berkata dengan peruntukan dana sehingga RM500 juta, STTF dijangka dapat memberi bantuan secara langsung kepada usahawan PKS untuk mencapai tahap produktiviti yang lebih tinggi, kecekapan proses, pengurusan kos yang efisien dan tahap penembusan pasaran yang lebih tinggi.

“Setakat 11 November tahun ini, SME Bank telah meluluskan 18 permohonan bernilai RM36.55 juta di bawah dana STTF ini,” katanya.

-BERNAMA

_

PERTEMUAN MAYA ENCIK MOHD PRASAD DENGAN PENGARAH SUMBER MANUSIA MARA, EN ZAMZURI

_

20 NOVEMBER 2020

Pertemuan maya Encik Mohd Prasad dengan Pengarah Sumber Manusia MARA, En Zamzuri. Beliau seorang yang sangat in-touch dan prihatin terhadap perkembangan modal insan kakitangan MARA dan juga seluruh warga MARA.

Berkongsi idea dan hala tuju untuk mencapai kegemilangan bersama.

_

PROGRAM PENJANA KOMUNITI@SME BANK

_

12 NOVEMBER 2020

KUALA LUMPUR: SME Bank memulakan Program Penjana Komuniti@SME Bank, inisiatif di bawah Kementerian Kewangan yang bermatlamat merangsang kegiatan ekonomi usahawan mikro B40 yang terjejas akibat penularan COVID-19.

Projek perintis membabitkan 20 usahawan mikro B40 yang bertempat di PPR Taman Medan, Petaling Jaya dan PPR Jelatek, Kuala Lumpur.

Usahawan terbabit sedang diberikan latihan dan bimbingan untuk mengembangkan perniagaan sedia ada melalui platform dalam talian dan menggunakan media sosial secara lebih tersusun dan efektif.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Program Penjana Komuniti@SME Bank adalah selaras dengan usaha berterusan kementerian bagi memperkasakan keupayaan dan kemahiran usahawan mikro menjalankan perniagaan

Katanya, program terbabit juga adalah satu daripada 27 program dan dasar baharu di bawah PEMACU yang diusahakan oleh MEDAC.

“PEMACU adalah satu inisiatif yang menghubungkan fungsi semua agensi di bawah MEDAC agar pemantauan dapat dilaksanakan dengan

cekap, manakala kolaborasi kapasiti dan daya saing dapat dimaksimumkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Junaidi berkata, melihat kepada potensi Program Penjana Komuniti@SME Bank ini, MEDAC mengambil keputusan untuk mengembangkannya ke seluruh negara tahun depan dan meningkatkan jumlah peserta kepada 150 usahawan B40 daripada pelbagai latar belakang.

“Inisiatif ini adalah salah satu daripada usaha kerajaan memperkasa golongan B40 agar mereka dapat terus berdaya maju, terutama sewaktu krisis COVID-19 melanda,” katanya.

Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail, berkata, bagi memastikan objektif program ini dicapai, bank melantik Centre for Entrepreneur Development & Research Sdn Bhd (CEDAR), sebuah anak syarikat SME Bank sebagai penyedia latihan manakala Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) sebagai Pengurus Projek.

Katanya, program latihan sesi pertama bermula pada 15 September sehingga 6 Oktober lalu dan sesi latihan untuk kumpulan kedua akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.

“CEDAR juga akan memantau perkembangan dan kemajuan

perniagaan peserta latihan sepanjang tempoh program terbabit,” katanya.

Program latihan berbentuk ‘hands-on’ itu merangkumi pembelajaran

mengenai ‘Facebook Ads’, ‘Instagram Advertising’ dan ‘Website & Google Ads’.

Selain itu, peserta turut diperkenalkan dengan aplikasi YEZZA, iaitu platform perniagaan yang menggunakan aplikasi ‘WhatsApp’ untuk menjual produk, bagi memudahkan mereka menguruskan perniagaan.

_

AWAS! MACAU SCAM

_

5 NOVEMBER 2020

*’Bakal pengantin’ kerugian RM480,000 ditipu Macau Scam – Berita Harian*

*Wanita rugi lebih RM100,000 ditipu Macau Scam – Berita Harian*

*Macau Scam hanya satu daripada banyak penipuan – Berita Harian*

*Guru rugi RM1.13 juta diperdaya Macau Scam – Sinar Harian*

Ini hanyalah sedikit dari berita yang kita lihat hari-hari. Tidak kira anda warga emas, professional ataupun guru, Macau Scam mempunyai pelbagai helah. Satu-satunya perisai kita terhadap mereka adalah *ILMU*!

Jom sama-sama kita perisai diri kita dengan ilmu dari pakar-pakar di:

Forum: *Awas! Macau Scam!*

Tarikh: *5hb November 2020, 9malam*

Secara langsung di *

www.facebook.com/adfimofficial

*

Panelis:

  • Jufree Soaidin,

Ketua Pematuhan Regulatori dan Operasi Bank Rakyat

  • Dato’ Sri Akhbar Satar,Presiden Persatuan PEMERIKSA Fraud Bertauliah
  • Mawar Rashid, Artis, Celebpreneur

Moderator:

Teh Syuhaida Sharip

_

PASCA MORATORIUM, APA PERLU ANDA TAHU?

_

8 OKTOBER 2020

Minggu ini negara mencatatkan kenaikan ketara dan mendadak Kes Covid-19 dan ini menimbulkan keresahan pelbagai pihak apetah lagi Moratorium telah pun tamat 30 September lalu. Camna ehhhhh ? MORATORIUM daH habisssssssss

Pelbagai persoalan bermain di benak fikiran:

Kalau salah seorang suami/isteri diberhentikan kerja, adakah mereka tergolong dalam golongan bantuan bersasar dan layak untuk Moratorium atau boleh menyusun semula pembayaran pembiayaan?

Jika tidak mampu bayar balik, adakah akan dikenakan tindakan undang-undang?

Adakah Bank mengenakan caj keuntungan tambahan keatas pembiayaan kadar tetap untuk semua pelanggan PKS ketika Moratorium?

_

RETREAT COMMITTEE LEARNING AND TALENT DEVELOPMENT ADFIM 2020

_

1 OKTOBER 2020

Bertempat di Tamu Hotel Kuala Lumpur satu program ‘Retreat Committee Learning and Talent Development ADFIM 2020’ telah diadakan pada 1/10/20 disertai 11 wakil dari 7 Institusi dan organisasi seperti MARA, Agrobank, Bank Rakyat, BSN, MTDC, PUNB dan MIDF.

Matlamat program ini diadakan adalah bertujuan untuk mencari kesepakatan dan membina semula hala tuju dan pelan tindakan kearah matlamat yang lebih cemerlang.

Beberapa agenda telah diberikan perhatian di dalam program ini termasuk latihan yang diperlukan untuk kakitangan menambah kemahiran serta pengetahuan selaras dengan keperluan dan kepentingan syarikat.

_

ITHSMUS TRAINING DI HOLIDAY INN MELAKA 

_

28 SEPTEMBER 2020

Ithsmus Training Di Holiday Inn Melaka 28-29 September 2020. Governing Law dalam sistem Kewangan Malaysia.

_

MAJLIS PERSIDANGAN USAHASAMA

_

22 SEPTEMBER 2020

Bertempat Di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, satu Majlis Persidangan Usahasama antara wakil Persatuan-Persatuan PKS dan Ahli Dewan Perniagaan telah diadakan pada 22/9/2020.

Persidangan ini bertujuan untuk merungkai permasalahan, mencari solusi, memperhalusi aduan dan isu berkenaan penolakan bantuan pembiayaan semula pinjaman serta terma- terma yang tidak berkaitan.

ADFIM telah diwakili oleh En. Mujibburrahman Abd. Rashid, CBO dari BSN Dan Pn. Zarina Nor Ismail, CCO Dari SME Bank.

_

USAHAWAN TEKNOLOGI MENDEPANI KRISIS DENGAN PELAN MAMPAN

_

24 SEPTEMBER 2020

Apakah perubahan TEKNOLOGI yang bakal disaksikan dalam industri?

Adakah MODEL PERNIAGAAN kita selamat?

Bagaimanakan usahawan BERSTRATEGI DENGAN TEKNOLOGI?

DEMOGRAFI pembeli sudah berubah? Bagaimana USAHAWAN TEKNOLOGI akan survive?

Ini dan pelbagai soalan akan terjawab di *Forum Usawahan Teknologi Mendepani Krisis Dengan Pelan Mampan*.

Panelis:

  1. En Hairul Nizam, Ketua Unit Penasihat Perniagaan @Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF)
  2. Mohammad Hazani Hj Hassan,Pengarah Bahagian Usahasama Teknologi @Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC)
  3. Fahdi Ghazali, Pengasas FunnelEvo dan Perunding Pemasaran Digital @FunnelEvo
_

MAJLIS MESYUARAT DEWAN AHLI-AHLI PERSATUAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN PEMBANGUNAN MALAYSIA ADFIM 

_

23 SEPTEMBER 2020

Bertempat di bangunan Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) Kuala Lumpur, satu Majlis Mesyuarat Dewan Ahli-ahli Persatuan Institusi-Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia ADFIM telah diadakan pada 23/9/2020.

Ahli-ahli persatuan yang hadir terdiri daripada perwakilan tertinggi dari SME Bank, BSN, Bank Rakyat, AgroBank, PUNB, MIDF, BPMB, PNS, MARA dan MTDC manakala wakil lain yang menyertai mesyuarat secara virtual pula adalah dari JCorp, SCC dan DBOS.

Objektif perjumpaan adalah untuk melihat perkembangan perbelanjaan dan menyusun semula keseluruhan struktur persatuan agar ia bermanfaat kepada seluruh ahli.

_

MANAGING CRISIS THROUGH SUSTAINABLE DEVELOPMENT

_

23 SEPTEMBER 2020

Summary:

Already before Covid-19, the world was off-track for reaching the 2030 target of eradicating extreme poverty worldwide, as outlined in the UN’s Sustainable Development Goals (SDGs). Now increased job losses and economic lockdowns, coupled with the contraction of global trade and tourism, are threatening to push 71 million people back into poverty. Countries must recognize that ending poverty must go hand-in-hand with strategies that build economic growth and address a range of social needs including education, health, social protection, and job opportunities, while tackling climate change and environmental protection.

The Forum will cover issues on Sustainable Development caused by the COVID-19 pandemic, DFIs critical role and key programs and structures in place for a sustainable recovery post-COVID-19

Panelist:

  1. Encik Arshad Mohamed Ismail, President/Group CEO, Bank Pembangunan Malaysia Berhad
  2. Madam Yang Limei, Head of International Cooperation Department (Asia Pacific), China Development Bank
  3. Mr. Thiam Hee Ng, Principal Economist, Asian Development Bank
  4. Yang Mulia Mr Mubashar H. Khokhar, Managing Director & CEO, Bank Islam Brunei Darussalam
_

PROGRAM TINJAUAN KE ATAS AHLI ADFIM

_

22 SEPTEMBER 2020

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM) telah diubah, antara lain, untuk memperkenalkan peruntukan tanggungjawab korporat untuk rasuah di bawah Seksyen 17A, yang telah berkuatkuasa sejak 1 Jun 2020 yang lalu.

Menyedari tentang kepentingan untuk mematuhi peruntukan Seksyen 17A ini, Sekretariat ADFIM telah melakukan satu program tinjauan ke atas ahli ADFIM pada 14 dan 15 September 2020 di Intercontinental Hotel KL untuk mendapatkan maklumbalas tentang kesediaan mereka serta cabaran yang dihadapi untuk mematuhi sepenuhnya seksyen ini.

Penguatkuasaan Seksyen 17A Akta SPRM ini adalah untuk memenuhi syarat-syarat antarabangsa di bawah Artikel 26 Konvensyen PBB Menentang Rasuah (UNCAC), yang merujuk kepada tanggungjawab individu yang sah. Pada masa ini, Akta SPRM hanya menumpukan pada pendakwaan individu yang terlibat dalam rasuah. Seksyen 17A digubal dan dikuatkuasakan untuk memungkinkan organisasi yang terlibat dalam kegiatan rasuah dikenakan tindakan hukuman dan orang-orang yang terkait dengan organisasi akan dianggap melakukan kesalahan yang sama kecuali dapat dibuktikan bahwa langkah-langkah yang memadai telah diambil.

_

MENGHADAPI PASCA MORATORIUM

_

17 SEPTEMBER 2020

Tinggal beberapa hari sahaja lagi Moratorium bakal berakhir. Adakah kita benar-benar bersedia dengan pasca Moratorium? Baik usahawan mahupun individu, kesiapsagaan mendepani situasi ini perlu diberikan perhatian.

Saksikan RUANG BICARA di Bernama TV jam 9.00 malam ini bersama panelis Tuan Hj. Mohd Prasad Hanif, Setiausaha Agung ADFIM berbicara mengenai ‘ Menghadapi Pasca Moratorium’ di saluran Astro 502 / Unifi TV 631 / myFreeview 121

FB LIVE & YOUTUBE : BERNAMA TV

 

_

BAJET DFI 2021

_

14 SEPTEMBER 2020

KUALA LUMPUR: Persatuan Institusi-Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) dengan jalinan usahasama dan anjuran Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) mengadakan satu sesi dialog bertajuk ‘Bajet DFI 2021’ bersama Menteri Kewangan Malaysia, Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz.

Sesi dialog yang dikendalikan oleh Setiausaha Agung ADFIM, Mohd Prasad Hanif turut dihadiri wakil pengurusan tertinggi dari beberapa Institusi Pembangunan Kewangan (DFI) seperti SME Bank, BPMB, BSN, Agrobank, Bank Rakyat, dan EXIM Bank. Manakala beberapa wakil pengurusan tertinggi dan beberapa Organisasi Pembangunan Usahawan (EDO) seperti Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC), Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) serta wakil dari Bank Negara Malaysia (BNM) turut hadir bagi sesi yang berlangsung selama 2 jam ini.

Matlamat dan tujuan sesi dialog ini diadakan adalah untuk mengumpul segala data dan informasi, bertukar pendapat serta mengemukakan cadangan daripada ahli-ahli ADFIM sebagai input bagi Pembentangan Bajet 2021 untuk pertimbangan Kementerian Kewangan Malaysia agar dapat memastikan pemulihan ekonomi berjalan dengan baik dan efektif.

_

FRAUD AWARENESS AND PREVENTION IN BANKING

_

Financial fraud is a worldwide issue. Huge losses incurred due to fraud, costing the economy billions of RM each year. Even the financial stability of large institutions or a nation could also be at stake. Therefore, the understanding of this issue is critical in order to identify, to detect and to prevent fraud in the organization.

Realizing the importance to prevent this issue, ADFIM has succesfully conducted a training program o Fraud Awareness and Prevention in Banking which was held on 20 to 21 July 2020 at Premiera Hotel, Kuala Lumpur.

_

NEW PARADIGMS OF

THINKING FOR AN UNSETTLED BUSINESS LANDSCAPE

_

2020 is anything but a clear vision. The business and social landscape are not experiencing change, but a shock. While there are expert views on what the future of our economy would look like, the truth is that nobody knows how will these new norms settle.

In such chaos, business strategies would not matter if the team’s execution is based on past thinking patterns. The greatest resource that is available to us is the way we think of a situation. Having the whole team geared to a more resourceful thinking will enable them to play this new game meaningfully and choose their best response. As such, ADFIM is proud to organize a complimentary webinar for our members:

Title: New Paradigms of Thinking for An Unsettled Business Landscape

Speaker: Mr. Jegatheeswaran Manoharan

Date: 24th June 2020

Time: 10 am

We are proud to bring to you Mr Jegatheeswaran Manoharan, a Team Effectiveness Specialist, Simulation Designer, Thought Catalyst. Mr Jegatheeswaran Manoharan is the Director of Accordia Training & Development. He designs business simulations that help organizations uncover solutions for their people and performance issues. Jega believes that games unlock and connect the different faculties of human thinking and behaviours, that provides opportunities for personal and organizational reflection. In the webinar, bring home the following Key Points:

  1. Realize that we are playing an infinite game with no winners but the game itself.
  2. Using the power of calm observation to see possible patterns.
  3. Mindset of an explorer instead of a settler to see boundaries as horizons. 
  4. Recognizing the players in the game and the indirect players that we are not seeing.
_

LEADING A MENTALLY HEALTHY WORKPLACE

_

This webinar will explore the major mental health issues facing organisations and employees today. The focus of this webinar will include:

  1. Major organisational stressors
  2. Common signs and symptoms of stress and potential mental health issues
  3. Attitudes to mental health in Malaysian organisations
  4. Leading proactive responses to stress and mental health for health workforce

Title: Leading A Mentally Healthy Workplace

Date: 17th June 2020

Time: 10 am

Speaker: Dr. Steve Brown

_

PRACTICAL PROJECT RISK MANAGEMENT IN 60 MINUTES

_

Risk management is not an optional activity for successful project management. Post Covid 19 will certainly be a big challenge for many. The survey results of PMI’s  2020 Pulse of Profession revealed  an average 11.4% of investment is wasted due to poor project performance. That is RM 114 Million for every RM 1 Billion ringgit investment.  With good project risk management , the negative consequences of unexpected events can be mitigated.

As such, ADFIM is proud to organize a complimentary webinar for our members. Join us to uncover Effective Project Risk Management Strategies to prevent catastrophic project failure.

Title: Practical Project Risk Management in 60 Minutes

Date: 10th June 2020
Time: 10 am
Speaker: Major Dr. Prebagaran Jayaraman

_

LINKEDIN FOR CAREER GROWTH

_

With over 500 million members, in over 200 countries, LinkedIn is the largest networking platform for professionals. Join us to explore how a professional LinkedIn profile allows you to create a professional online brand that can open doors to networking and sharing. Therefore, ADFIM is proud to organize for its members:

Title: LinkedIn For Career Growth

Date: 8th July 2020

Time: 10.00am

Speaker:

Hanie Razaif-Bohlender

The Career Doctor

100 Most Inspirational LinkedIn Icons In Malaysia You Should Follow In 2020

_

KURSUS BAHASA MELAYU TINGGI

_

ADFIM telah berjaya menganjurkan satu program latihan untuk memartabatkan penguasaan bahasa Melayu dikalangan kakitangan ahli ADFIM iaitu Kursus Bahasa Melayu Tinggi. Penganjuran kursus ini juga adalah selari dengan usaha Bank Negara Malaysia dalam memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan perbankan.

Kursus ini telah diadakan pada 7 dan 8 Julai 2020 bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh seramai 17 orang peserta dari SME Bank (2 orang), Malaysian Technology Development Corporation (8 orang), Bank Simpanan Nasional (5 orang) dan juga Malaysian Industrial Development Finance (1 orang). Fasilitator bagi kursus ini adalah Dr. Hasmidar Hassan, iaitu seorang perunding akademik bagi syarikat Brainy Bunch Sdn Bhd.

Peserta yang mengikuti Kursus Bahasa Melayu Tinggi ini telah diberi pendedahan tentang sistem bahasa Melayu (tatabahasa), penggunaan bahasa yang betul dari segi makna dan berkesan dalam pelbagai bidang (laras bahasa), pengetahuan ilmu semantik dan pragmatik (penggunaan bahasa yang betul dari segi makna mengikut konteks dan situasi yang betul), khususnya tentang aspek kesantunan dan ragam bahasa (pengaruh sosial terhadap bahasa).

Setelah mengikuti kursus ini, para peserta dijangka telah:

  1. Peserta kursus dapat memahami konsep bahasa Melayu tinggi yang betul; dan
  2. Peserta kursus dapat menggunakan bahasa Melayu yang betul dan tepat dari segi tatabahasanya dan semantiknya, menggunakan gaya dan laras bahasa yang betul mengikut bidang yang tertentu dan menggunakan bahasa yang pragmatik mengikut norma budaya dan agama yang tertentu.
_