
ADFIM
AHLI ADFIM AMBIL LANGKAH KEKANG PENULARAN NOVEL CORONAVIRUS

KUALA LUMPUR, 5 Februari 2020: Semua 17 organisasi ahli Persatuan Institusi-Institusi Pembangunan Kewangan Malaysia (ADFIM) dinasihatkan mengambil langkah perlu dalam usaha menjaga kesihatan pelanggan dan anggota pekerjanya sekaligus mengekang penularan Wuhan novel coronavirus (2019-nCoV).
ADFIM komited untuk bekerjasama dengan Ahli ADFIM bagi membantu mengurangkan beban pelanggan yang terkesan dengan wabak ini. Pelanggan-pelanggan ahli ADFIM juga dinasihatkan untuk menghubungi cawangan yang berhampiran untuk mengetahui dengan lebih lanjut sebarang kemudahan yang ditawarkan oleh ahli persatuan itu.
ADFIM juga menyeru seluruh rakyat Malaysia, khususnya kakitangan dan pelanggan ahli ADFIM, agar sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa berkenaan, terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia, bagi mendapatkan berita dan maklumat yang sahih.
Mengenai ADFIM
ADFIM ditubuhkan pada 12 Januari 1981 dengan hanya 10 ahli dan sekarang telah bertambah kepada 17 organisasi dengan mandat untuk meningkatkan pengetahuan, kepakaran dan keberkesanan dalam semua aspek pembiayaan pembangunan dan penyelidikan dalam kalangan ahli-ahlinya. ADFIM juga bermatlamat untuk menggalakkan pengukuhan struktur institusi dan amalan yang baik dalam perniagaan dan profesion pembiayaan pembangunan dan penyelidikan dalam kalangan ahli-ahli anggota.
Ahli-ahli ADFIM terbahagi kepada 2 kluster utama:
1. Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) yang terdiri daripada 5 bank dibawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan (DFIA 2002) iaitu Agrobank, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat and SME Bank.
Tujuh IKP lain adalah di bawah pengawasan dari pelbagai kementerian dan agensi kerajaan iaitu Borneo Development Corporation (Sabah dan Sarawak), Credit Guarantee Corporation, Malaysian Industrial Development Finance, Sabah Development Bank Berhad, Sabah Credit Corporation dan Development Bank of Sarawak Berhad.
2. Organisasi Pembangunan Keusahawanan yang terdiri daripada Amanah Ikhtiar Malaysia, Johor Corporation, Perbadanan Nasional Berhad, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Majlis Amanah Rakyat dan Malaysian Technology Development Corporation.
Dikeluarkan oleh:
Sekretariat
Persatuan Institusi-institusi Pembangunan Kewangan Malaysia (ADFIM)
Level 10, Menara SME Bank
Jalan Sultan Ismail
50774 Kuala Lumpur
Tel: 03-26949871
Fax: 03-26941673
Sila hubungi:
Ir. Haji Mohd Prasad Hanif
Setiausaha Agung
Tel: 03-26949871
Email: [email protected]
Muhamad Badri Othman
Sekretariat ADFIM
Tel: 03-26949871
Telefon Bimbit: 016-2239404
Email: [email protected]
Share:
Related Posts

AHLI ADFIM AMBIL LANGKAH KEKANG PENULARAN NOVEL CORONAVIRUS
KUALA LUMPUR, 5 Februari 2020: Semua 17 organisasi ahli Persatuan Institusi-Institusi Pembangunan Kewangan Malaysia (ADFIM) dinasihatkan mengambil langkah perlu dalam usaha menjaga kesihatan pelanggan dan