
ADFIM
AGROBANK DAN PERBADANAN PEMBANGUNAN EKONOMI SARAWAK (SEDC SARAWAK) BERKOLABORASI DENGAN KERAJAAN NEGERI MEMBANTU USAHAWAN NEGERI SARAWAK

Agrobank dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC Sarawak) berkolaborasi dengan Kerajaan Negeri membantu usahawan Negeri Sarawak.
Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS) merupakan inisiatif di bawah Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang yang telah diumum oleh YAB Ketua Menteri Sarawak pada 20 Mac 2020. Peruntukan sebanyak RM50 juta telah disediakan bagi membantu golongan usahawan B40 dan PKS.
Objektif program ini adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan mudah kepada usahawan B40 dan PKS di Sarawak bagi membantu pengusaha PKS untuk mengharungi cabaran ekonomi dalam tempoh Perintah Kawalan Pengerakan dan penularan COVID-19.
Untuk makluman lanjut berkaitan program ini, sila layari laman sesawang:
atau
atau
https://mintred.sarawak.gov.my
atau hubungi Hotline Pejabat Agrobank Wilayah Sarawak di talian 082-429077, atau 082-424577
Sumber: Facebook Agrobank
Share:
Related Posts

PEMBUKAAN SEMPADAN CHINA: IMPAK TERHADAP EKONOMI NEGARA
[Bicara Minda TSIS] PEMBUKAAN SEMPADAN CHINA: IMPAK TERHADAP EKONOMI NEGARA Setelah hampir setahun menutup ekonomi melalui pelaksanaan Dasar Sifar COVID-19, China kini mula membuka pintu

Karnival Sukan ADFIM 2022 Cungkil Bakat Atlet Dalam Kalangan Ahli
KAJANG–Persatuan Institusi-Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) dengan jalinan usahasama ahli-ahlinya telah berjaya mengadakan Karnival Sukan ADFIM 2022 dengan gilang-gemilang di Stadium INSPENS Kajang. Karnival Sukan

Kunjungan Daripada Yb Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Pusat Teknologi MTDC di UPM
MTDC berbesar hati menerima kunjungan daripada YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Pusat Teknologi MTDC di UPM. Kunjungan YB Menteri turut