260 KELUARGA TERIMA SUMBANGAN BSN CARE
- May 22, 2020
- ADFIM

Kuala Lumpur, 22 Mei 2020 – Bank Simpanan Nasional (BSN) menerusi jenama tanggungjawab sosial korporatnya (CSR), BSN Care telah menghulurkan bantuan kepada keluarga ibu tunggal serta golongan miskin dan asnaf sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini.
Usaha ini telah diadakan di setiap negeri di seluruh negara di mana bantuan berupa barangan keperluan asas telah diagihkan kepada 260 buah keluarga secara keseluruhan dengan jumlah sumbangan sebanyak lebih kurang RM50,000. Bantuan telah diberikan terus kepada penerima di kediaman mereka berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berlangsung.
“Susulan pandemik COVID-19 yang melanda, ramai rakyat Malaysia yang telah kehilangan punca pendapatan mereka. Perkara ini secara tidak langsung menyukarkan mereka bukan sahaja untuk menanggung keperluan keluarga malahan juga meneruskan kehidupan seharian. Fenomena ini sememangnya telah melumpuhkan ekonomi dunia dan juga menjejaskan ekonomi negara kita. Atas dasar itulah pihak BSN telah mengambil inisiatif untuk menggerakkan kakitangan-kakitangan kami di seluruh negara menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. BSN berharap dengan bantuan yang disalurkan ini dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka dalam meneruskan kehidupan seharian terutamanya menjelang perayaan Aidilfitri yang bakal tiba,” kata Datuk Yunos Abd Ghani, Ketua Eksekutif BSN.
“Melalui BSN Care, BSN terus melaksanakan tanggungjawabnya dalam menghulurkan bantuan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, kaum dan kedudukan sosial. Terdahulu, BSN telah menyampaikan bantuan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Tabung Bantuan Perubatan bagi membantu menangani penularan wabak Coronavirus (COVID-19). Selain KKM, BSN juga tidak ketinggalan untuk menghulurkan sumbangan kepada beberapa hospital dan organisasi yang turut berperanan penting dalam misi pencegahan wabak ini,” tambah Datuk Yunos lagi.
Sejajar dengan visinya ‘Tiada Rakyat Malaysia yang Ketinggalan’, BSN komited untuk membina hubungan yang mampan dan bermakna dengan para pelanggan bukan sahaja menerusi perkhidmatan perbankan, malahan juga melalui program CSR untuk memberi impak yang positif kepada komuniti.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai BSN Care serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan, layari laman web kami www.mybsn.com.my.
Sumber: https://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=1695
Share:
More Posts
Ringgit closes lower against US dollar | The Edge Markets
… close lower against the US dollar on Monday amid cautious sentiment ahead of Bank Negara Malaysia’s (BNM) interest rate decision later this week.
Major Dutch companies’ climate pledges fall short of what is needed for Paris Agreement
Many companies’ plans are shallow or do not address key emission sources.” The research noted some promising developments among financial institutions …Read MoreGoogle Alert – development financial institutions
Maybank IB projects 100bps OPR hike over 12 months – The Malaysian Reserve
Chief economist Suhaimi Ilias said this was following Bank Negara Malaysia’s (BNM) accommodative monetary policy process which began with the …
EU rolls out $1.3 billion to help Nigeria diversify its economy – Market Screener
… The European Union (EU) and its development finance institutions will … “In parallel, the EIB (European Investment Bank) sovereign lending …Read MoreGoogle Alert – development financial institutions